Kecantikan, Pilihan

8 Gincu Bibir Pelakon Drama Korea Guna Mesti Anda Miliki

Malisa Aina
/
petite, nail biter, foodaholic
8 Gincu Bibir Pelakon Drama Korea Guna Mesti Anda Miliki

Pasaran kecantikan Korea mendapat tempat di serata dunia, daripada BB cushions sehingga sheet masks, terdapat begitu banyak yang diterokai. Begitu juga dengan trend gincu bibir yang digayakan oleh para selebriti Korea yang boleh dikatakan sangat cantik dan menawan sekali.

Di sini, kami tampilkan 8 daripada trend bibir yang terbaik daripada drama Korea yang pasti akan memberi inspirasi kepada anda untuk mencuba beberapa penampilan baru.

1. The Orange Lip — Armani Lip Maestro in 300

Foto – Dramafever

Jika anda menonton drama It’s Okay, That’s Love, pasti anda sukakan fesyen yang ditampilkan oleh pelakon wanita utama Ji Hye Soo yang trendy walaupun simple. Bukan itu sahaja, teknik solekannya yang minimalis tetapi kekal menawan, highlight pada gincu bibir rona oren.

2. The Soft Pink Lip —Yves Saint Laurent’s Rouge Volupté in 33 ‘Rose Neillia’

Foto – Soompi

Daripada drama Birth of the Beauty, rona gincu ini sangat sempurna pada Sara, sederhana tanpa perlu mencuri tumpuan ramai. Gincu merah jambu lembut ini sangat menyerlahkan penampilan malah mempamerkan keindahan si pemakai. Forever sweet! 

3. Pink Lip Stain — Benefit Lollitint

Foto – Pinterest

Penulis sukakan watak Oh Jin Hee dalam drama Emergency Couple, penulis sukakan gincu bibir rona merah jambu yang dipakainya, simple tetapi cantik sangat. Manfaat lollitint amat baik kerana ianya mampu tahan lama di bibir sepanjang hari.

4. The Hot Pink Lip — NARS Schiap

Foto – Dramafever

Boleh dikatakan one of my favourite colour. Gincu rona ini mampu menyerlahkan si pemakai, walau tidak mengenakan solekan tetapi dengan pemilihan gincu ini anda tampil menawan sekali.

5. The Coral Lip — YSL’s Rouge Pur Couture #52 Rosy Coral

Foto – Dramafever

Apa sahaja yang dikenakan oleh watak Cheon Song Yi dalam drama My Love From Another Star menjadi kegilaan wanita di seluruh dunia, bahkan gincu bibir juga dicarinya. Apabila dilaporkan Cheon Song Yi memakai YSL’s Rouge Pur Couture #52 Rosy Coral, ia serta-merta dijual di setiap kedai kosmetik. Rona ini sempurna dan serasi dengan semua.

6. Nude Pink Lip — Laneige’s ”Silk Intense Lipstick Beige Chiffon”

Foto – Pinterest

Bagi mereka yang ingin tampil solekan lebih berusia, rona ini sesuai dengan anda. Oh Young dalam drama That Winter, The Wind Blows menunjukkan kepada kita untuk tampil sempurna walaupun hanya dengan solekan nude pink bersama rosy cheek. 

7. Pinky Red lip — Maybelline Baby Lips in Cherry Me

Foto – Dramafever

Gincu bibir yang sempurna untuk kegunaan harian. Maybelline Baby Lips in Cherry Me memberikan warna halus dan sweet malah natural kepada si pemakai.

8.  The Perfect Red Lip — Nars’ Velvet Matte Lip Pencil in Dragon Girl

Foto – Dramafever

Jika anda inginkan rona bibir merah, anda perlu berani memakainya. Nars’ Matte Lip Pencil mampu mewujudkannya. Noda merah mampu membuatkan seseorang kelihatan lebih berani, dewasa dan miliki sifat kepimpinan.

Cantikkan semua koleksi gincu bibir ini? Apa lagi pergi dapatkan di pasaran sekarang!

Komen Anda