NIVEA, jenama penjagaan kulit yang dipercayai dan terkenal di peringkat antarabangsa, menawarkan produk-produk penjagaan kulit berinovatif memperkenalkan penjagaan kulit pertama untuk kulit bermekap atau pengguna kosmetik dengan nama NIVEA Make Up Skin Care. Rangkaian baharu NIVEA Make Up Skin Care dilengkapi tindakan 3 dalam 1 bagi memudahkan persediaan ketika bermekap dan membuatkan kulit kelihatan cerah dan lembap bak kilauan air dengan hanya SATU langkah.
Rangkaian NIVEA Make Up Skin Care meliputi NIVEA Make Up Clear dan NIVEA Make Up Starter.
NIVEA Make Up Clear terdapat tiga variasi pencuci muka bagi memenuhi penggunaan yang berbeza. Para pengguna boleh memilih sama ada Extra White Make Up Clear 3 in 1 untuk faedah pencerahan, White Oil Control Make Up Clear 3 in 1 untuk kulit berminyak dan mahukan faedah pencerahan serta Acne Care Make Up Clear 3 in 1 yang direka untuk penjagaan khusus kepada mereka yang mudah diserang jerawat dan cela.
NIVEA Extra White Make Up Clear 3 in 1
Sesuai untuk semua jenis kulit dan membantu memperbaiki kulit kusam & rosak.
Faedah: menanggalkan mekap serta membersih dan mencerahkan kulit.
1. Foam (RM16.50)
- Kesan penanggalan mekap untuk membersihkan 10 jenis sisa mekap secara menyeluruh.
- Buih pembersih dengan kesan pencerahan bagi menyingkirkan kekotoran dari dalam liang pori untuk kulit 10x lebih cerah dan lembap bak kilauan air.
- Kesan toner bagi merapatkan liang pori untuk kulit lebih licin.
2. Scrub (RM17.50)
- Kesan penanggal mekap untuk membersihkan 10 jenis sisa mekap secara menyeluruh.
- Pembersih skrub dengan kesan pencerahan bagi menyingkirkan kekotoran dari dalam liang pori untuk kulit 10x lebih cerah dan lembap bak kilauan air.
- Kesan toner bagi merapatkan liang pori untuk kulit yang kelihatan lebih licin.
3. Mud (RM17.50)
- Sapu sebagai mask lumpur selama 1 minit untuk menyerap sisa mekap dan kekotoran.
- Urut sebagai penanggal mekap bagi membersih 10 jenis sisa mekap yang tertinggal pada kulit.
- Membersih sebagai buih untuk kesan pencerahan bagi menyingkirkan kekotoran dari dalam liang pori untuk kulit 10x lebih cerah dan lembap bak kilauan air.
NIVEA White Oil Control Make Up Clear 3 in 1
Sesuai untuk semua pengguna mekap. Untuk kulit jenis normal dan kombinasi. Memperbaiki kulit berminyak, kusam dan rosak.
Faedah: menyingkirkan mekap, mengurangkan permukaan kulit berminyak dan mencerahkan kulit.
1. Foam (RM17.50)
- Kesan penanggal mekap dan membersihkan 10 jenis sisa mekap secara menyeluruh.
- Buih pembersih dengan kesan pencerahan bagi menyingkirkan kekotoran dari dalam liang pori untuk kulit 10x lebih cerah dan lembap bak kilauan air.
- Kesan toner bagi merapatkan liang pori untuk kulit lebih licin.
2. Mud (RM17.50)
- Sapu sebagai mask lumpur selama 1 minit untuk menyerap sisa mekap dan kekotoran.
- Urut sebagai penanggal mekap bagi membersih 10 jenis sisa mekap dan liang pori tersumbat yang tertinggal pada kulit.
- Membersih sebagai pembersih buih dengan formula pencerahan kawalan minyak bagi menyingkirkan kekotoran dan lebihan minyak dari dalam liang pori.
NIVEA Acne Care Make Up Clear 3 in 1
Sesuai untuk semua pengguna mekap. Untuk kulit jenis normal dan campuran (kombinasi) yang mudah diserang jerawat. Memperbaiki kulit yang mudah diserang jerawat.
Faedah: menanggalkan mekap dan mengurangkan masalah jerawat.
1. Foam (RM17.50)
- Kesan penanggal mekap dan membersihkan sisa mekap secara menyeluruh bagi mengatasi masalah jerawat.
- Buih pembersih dengan kesan pengurangan jerawat bagi menyingkirkan kekotoran dan lebihan minyak dari dalam liang pori bertujuan untuk mengurangkan jerawat yang diakibatkan oleh bakteria.
- Kesan toner bagi merapatkan liang pori untuk kulit yang kelihatan lebih licin.
NIVEA Make Up Clear Cleansing Wipes
Menanggalkan mekap dengan efektif di mana-mana dan pada bila-bila masa tanpa berasa lekit di kulit. Diperkaya dengan Vitamin E bagi menanggalkan mekap tanpa meninggalkan sebarang sisa mekap. Sesuai untuk semua pengguna mekap dan berkulit sensitif.
NIVEA Make Up Starter merupakan serum ultra-ringan dengan penyerapan pantas yang boleh digunakan sebagai asas mekap (makeup base). Ia melembap; memperbaiki dan melindungi kulit daripada kekusaman, kerosakan akibat mekap dan sinaran matahari sekali gus menjadikan kulit lebih cerah dan lembap bak kilauan air. Masalah kulit kusam dan bintik-bintik gelap dapat diperbaiki menerusi kompleks Pearly White yang memberi pengguna faedah keberkesanan pencerahan 10x lebih baik berbanding Vitamin C.
NIVEA Make Up Starter terdiri daripada 3 in 1 Moisturising Day Serum with SPF33 PA+++ perlindungan matahari dan 3 in 1 Moisturizing Night Serum.
1. NIVEA Make Up Starter 3 in 1 Moisturising Day Serum SPF33 PA+++ (RRP: RM35.90) mempunyai kombinasi kesan 3 dalam 1 seperti berikut:
- Mengandungi 95% Vitamin C asli dengan campuran Pearly White bagi memberi rawatan efektif terhadap kulit kusam & rosak serta mengurangkan bintik-bintik gelap.
- SPF33 PA +++ UVA1 / UVA2/ UVB bagi melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV.
- Lapisan pelindung kimia iaitu inovasi yang dipatenkan oleh NIVEA bagi melindungi kulit daripada bahan kimia yang terdapat di dalam mekap.
2. NIVEA Make Up Starter 3 in 1 Moisturising Night Serum (RRP: RM35.90) mempunyai kombinasi kesan 3 dalam 1 seperti berikut:
- Overnight mask bagi menambah dan mengekalkan kelembapan untuk kulit lebih lembut, lembap dan bagai diselaputi air.
- Serum sebagai derivatif daripada 95% Vitamin C asli yang dicampurkan bersama Pearly White bagi memberi rawatan efektif terhadap kulit kusam & rosak serta mengurangkan bintik-bintik gelap.
- Ekstrak Panax Ginseng bagi mengembalikan kesihatan kulit yang rosak akibat sinaran matahari.
Rangkaian NIVEA Make Up Clear dan NIVEA Make Up Starter kini boleh didapati di semua farmasi, pasar raya besar dan pasar raya utama.