Dinoscovery by Dinosaurs Live!
“Bertemu ‘pemburu wanita’ Dinosaur!” pada Sabtu 21 Mac 2015 pada jam 3:30-4:30 petang di Discoveria, Avenue K Shopping Mall, KL. Sertai Teng Yu He, ahli pasukan Dinosaur Expedition Universiti Malaya untuk petang yang menyeronokkan bersama dinosaur!
Pengunjung bakal melihat serba sedikit sisi kehidupan ahli paleontologist, belajar mengenai penemuan fosil gigi Spinosaurid dan Ornithischian di Malaysia dan fakta yang mengejutkan mengenai T-Rex dan dinosaur lain.
Tanya paleo dan ambil bahagian dalam sesi trivia untuk memenangi barangan eksklusif!
Sesi ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke atas. Anda hanya perlu membeli tiket pada hari tersebut dan mendaftar pada pukul 3 petang.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-2181 7218 atau layari https://www.facebook.com/