Pavilion Kuala Lumpur, destinasi membeli-belah terkemuka di Malaysia, telah melancarkan Hinamatsuri, juga dikenali sebagai Festival Doll Jepun di Tokyo Street, level 6.
Hinamatsuri diraikan bagi memberkati nasib dan kesihatan kanak-kanak Jepun, mengadakan festival buat kali pertama di Malaysia. Apa yang menarik, festival yang diadakan di Tokyo Street menampilkan pameran anak patung, persembahan dan bengkel untuk pengunjung yang datang.
Bukan itu sahaja, Pavilion juga membawa masuk 10 kali juara Kendama negara, Yusuke Ito, yang akan membuat persembahan permainan tradisi Jepun iaitu cup-and-ball. Persembahan ini akan diadakan pada hari terakhir festival 22 March 2015 jam 4 petang hingga 6 petang.
Jika, anda ingin lihat kecomelan anak patung? Datang ke Pameran Hinamatsuri Dolls sekarang sehingga 22 Mac ini. Pembeli juga akan menerima edisi terhad anak patung kayu Jepun Kokeshi, dengan perbelanjaan sebanyak RM300 di Tokyo Street atau RM1,000 di Pavilion sendiri. Pavilion Kuala Lumpur juga menjalankan pertandingan Instagram di mana pembeli boleh berpeluang untuk memenangi baucar membeli-belah RM100, apabila mereka menghantar gambar anak patung Kokeshi dengan #OhMyKawaii di Instagram.