Hotel Bubble lutsinar di bandar bersejarah Rom ini menawarkan lokasi utama di pusat bandar, peralatan tempat tidur mewah dan panorama menakjubkan.
Hotel Bubble membolehkan tetamu merasai sendiri pemandangan panorama yang mengagumkan di bandar tersebut. Ia ditempatkan di Southgate, jalan membeli-belah yang paling sibuk di Bath.
Kemewahan hotel ini ditunjukkan melalui struktur kapsul lutsinar berukuran 13ft x 13ft, dilengkapi dengan enam kaki terowong masuk, tab mandi freestanding, katil selesa, dan linen mewah.
Ia dikuasakan oleh penjana elektrik dan tab mandi adalah untuk paparan sahaja. Harga yang dikenakan untuk menginap di sini adalah £50 untuk satu malam melalui tempahan di LateRooms.com.
Tidak perlu risau, hotel ini mempunyai tahap keselamatan yang tinggi sepanjang masa dan tetamu boleh singgah ke Abbey Hotel yang berdekatan sekiranya perlu ke tandas.
Sumber: dailymail.co.uk