Bila sebut tentang majlis perkahwinan, tidak lengkap rasanya jika tiada kek perkahwinan. Tidak kiralah kek cawan mahupun kek yang bertingkat-tingkat, ia memainkan peranan sebagai penyeri atau pelengkap sesuatu majlis perkahwinan. Namun, sebelum menempah atau membeli kek perkahwinan, mari kita semak beberapa tip pemilihan kek agar anda berpuas hati dengan hasilnya kelak.
1. Rasa
Sebelum menempah atau membeli kek kahwin, anda disarankan supaya mencuba terlebih dahulu jenis kek yang disediakan oleh kedai tersebut. Ini dapat memastikan agar kek yang dipilih menepati citarasa anda dan juga pasangan.
2. Reka Bentuk
Fikirkan dengan baik reka bentuk kek yang anda sukai. Anda boleh memberikan idea reka bentuk kek kepada pembuat kek tersebut. Pastikan pemilihan warna, bunga dan gula aising tepat dan menepati citarasa anda.
3. Saiz
Pastikan anda mengenalpasti berapa jumlah tetamu yang hadir sebelum membeli kek. Sekiranya majlis perkahwinan anda di adakan di dalam dewan atau dalam satu ruang yang besar dan luas, tidak menjadi masalah untuk anda mendapatkan saiz kek yang besar dan tinggi.
4. Harga
Kek perkahwinan mempunyai harga yang berbeza-beza bergantung kepada saiz, berat, reka bentuk dan juga jenis kek itu sendiri. Sekiranya anda memerlukan kek dengan bajet yang sederhana dan murah, pilihlah jenis ‘buttercream’. Pilihan kek dari jenis aising fondan adalah lebih mahal berbanding jenis kek yang lain.
Sumber: Pesona Pengantin, Karangkraf