Kecantikan, Pilihan, Review - Kecantikan

Laneige Water Sleeping Mask – Membersih, Melembap & Menawarkan Kualiti Tidur

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Laneige Water Sleeping Mask – Membersih, Melembap & Menawarkan Kualiti Tidur

Anda ingin bangun dengan kulit lembap sempurna selepas berehat semalaman? Tercari-cari produk kecantikan yang mampu membuatkan kulit wajah anda kekal lembap, segar, dan penuh bercahaya? Ini mungkin jawapan kepada masalah anda. Laneige Water Sleeping Mask terbaik untuk anda!

IKLAN

Sekiranya anda adalah peminat Laneige Water Sleeping Pack, anda akan lebih gembira dengan kedatangan Water Sleeping Mask yang lebih bermanfaat daripada sebelumnya. Water Sleeping Mask bukan sekadar melembap dan mencerah, ia juga menawarkan anda tidur lebih nyenyak daripada biasa.

Ia berfungsi untuk memulihkan dan membaiki sel-sel kulit yang rosak, menawarkan pelembap yang mendalam dengan kelembapan berterusan yang dibekalkan kepada kulit dan membantu mendapatkan tidur yang berkualiti. Ini semua adalah faktor utama dalam memastikan kulit anda tetap muda.

Screen Shot 2015-03-14 at 11.52.35 AM

Anda sedia maklum, kurang tidur memberi kesan kepada keadaan kulit. Menurut Sleep Care Expert, terdapat hubungan antara kualiti tidur dan keadaan kulit seseorang. 224 wanita Asia telah diambil oleh Laneige dalam menjalankan penyelidikan kulit. Kajian mendedahkan bahawa kelembapan kulit, tekstur (kulit mati), kejelasan, seri, dan petunjuk kulit liang saling berkaitan apabila kurang tidur. Selain itu, penyelidikan klinikal juga telah menunjukkan bahawa kulit terasa lebih kering, kasar, kusam dan suram apabila kekurangan tidur, walaupun hanya untuk satu malam.

Jadi, apa kebaikan dan keistimewaan Laneige Water Sleeping Mask dalam membantu menyelesaikan masalah.

1. Diformulakan dengan teknologi terkini SLEEP-TOXTM dan MOISTURE-WRAPTM, Water Sleeping Mask memberikan lebih daripada sekadar kelembapan kepada kulit, ia juga membersihkan kulit untuk menawarkan kulit lebih segar dan cerah. SLEEPSCENTTM membantu untuk mendapatkan tidur yang lebih berkualiti dan nyenyak untuk tempoh lebih lama.

2. Laneige Water Sleeping Mask diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti Hunza Apricot dan Evening Primose Root yang bertindak sebagai antioksidan yang kuat yang boleh membersihkan dan mencerahkan kulit. Selain itu, ia juga mengandungi Hydro Ion Mineral Water untuk menghidratkan kulit. Selain mengandungi jumlah alkohol yang sangat minimum untuk tujuan pensterilan sahaja.

_MG_9469

IKLAN

Hunza Apricot – 

  • Mengandungi 10X lebih daripada aprikot biasa, memberi kesan anti-oksida yang sangat baik
  • Selain beta-karotena dan lycopene, ianya mengandungi banyak amygdalin dan vitamin A.
  • Menguatkan keupayaan detoksifikasi dan pembersihan pada siang hari.

Evening Primose Root –

  • Mempunyai kesan penyembuhan kulit yang sangat baik, yang mana masyarakat American Indian telah menggunakan untuk merawat luka.
  • Mengandungi kandungan bahan yang berkesan seperti asid Gallic membantu membersihkan kulit.
  • Membantu menghilangkan kotoran dari kulit yang terkumpul daripada persekitaran luaran di siang hari.

Screen Shot 2015-03-14 at 2.33.38 PM

3. SLEEPSCENTTM mengandungi wangian semula jadi daripada bahan-bahan seperti Orange Fruit Flower, Rose, Ylang Ylang dan Sandalwood Oil. Membantu merehatkan minda dan badan, menggalakkan tidur yang nyenyak dan aman.

4. Laneige Water Sleeping Mask sesuai untuk mana-mana kumpulan umur dan semua jenis kulit. Ia adalah topeng yang menyediakan kelembapan, penulenan dan kesan menenangkan untuk kulit dan merehatkan anda ketika sedang tidur. Setakat ini, tidak ada ujian menunjukkan bahawa ia lebih berkesan digunakan oleh kumpulan umur tertentu. Malah, kaum lelaki juga boleh menggunakan produk ini.

5. Anda boleh menggunakan Water Sleeping Mask setiap hari. Pada asasnya, Laneige mengesyorkan menggunakannya dua atau tiga kali seminggu kerana ia adalah produk penjagaan khas – topeng semalaman. Tetapi, pada pelanggan yang tanpa masalah kulit, boleh menggunakannya setiap hari jika mengalami kulit kering.

6. Menariknya lagi, anda boleh mendapatkan kesan yang baik selepas 1 penggunaan sahaja malah kesan seterusnya selepas 3 kelaziman dalam 1 minggu.

7. Kenapa anda perlu mendapatkan produk ini? Laneige adalah printis untuk produk Sleeping Care dan Laneige juga jenama pertama yang mencipta topeng tidur. Mempunyai kajian kulit muktamad dan teknologi 15 tahun berterusan penyelidikan pengetahuan mengenai penjagaan tidur. Malah, terbukti produk Laneige sentiasa berkesan selepas Laneige Water Sleeping Pack mempunyai rekod jualan – 1 botol dijual dalam setiap 30 saat.

SONY DSC

Cara Pemakaian

Proses pemakaiannya sama seperti Laneige Water Sleeping Pack, cuci wajah anda dan aplikasikan toner selepas itu boleh letakkan Water Sleeping Mask di wajah, biarkan semalaman dan cuci pada keesokan harinya. Anda boleh lihat perubahan selepas cuci, wajah anda ternyata lebih berseri daripada biasa.

Water Sleeping Mask ini mempunyai tekstur yang sangat ringan dan tidak terlalu melekit malah mengeluarkan bau yang cukup menenangkan, sesuai dibawa tidur malah mendapatkan tidur yang lebih berkualiti. Wanista sukakan produk ini!

SONY DSC

Harga

Laneige Water Sleeping Mask akan dijual dengan harga RM110 (70ml), boleh didapati di semua butik Laneige dan kaunter kecantikan bermula 1 Mei 2015.

Untuk maklumat lanjut, layari www.laneige.com atau www.laneige.com.my ataupun Facebook Laneige Malaysia.