Bunyinya agak keterlaluan dan tidak masuk akal tetapi itulah yang terjadi di India. Presiden India telah meluluskan rang undang-undang yang melarang penyembelihan lembu dan penjualan dan penggunaan daging lembu di negeri barat, Maharashtra.
Pada hari Selasa bersamaan dengan 3 Mac 2015, Presiden India, Pranab Mukherjee memberikan perkenannya kepada Maharashtra Animal Preservation Bill dengan mengharamkan daging lembu di Maharashtra. Sebenarnya, rang undang-undang tersebut pada asalnya diperkenalkan dua dekad yang lalu. Malah, hukuman penjara 5 tahun jika anda makan malah memiliki daging lembu. Menurut Maharashtra, pengharaman hanya kepada penyembelihan lembu sahaja tetapi membenarkan penyembelihan bulls, bullocks dan water buffalo.
Disebabkan pengharaman daging lembu, di Twitter hashtag #BeefBan telah trending di dunia, ramai menyuarakan ketidakpuasan terhadap rang undang-undang tersebut.
Sumber – Says.com