Bahan-Bahan
- Kulit buah cempedak (kupas kulit, bersihkan, potong menjadi empat segi, cuci)
- 1 labu bawang besar (dipotong lereng)
- 3 ulas bawang putih (diihiris nipis)
- 10 tangkai cili kering / cili padi, mengikut citarasa (dihiris serong)
- 1 mangkuk ikan bilis (dibelah dua, cuci dan toskan)
Cara Penyediaan
- Keluarkan isi cempedak, kulitnya disiang / dibuang kulit mengerutu pada bahagian luar, kemudian potong menjadi empat segi.
- Selepas dibersihkan, gaul kulit cempedak dengan garam (lebih kurang 1/2 cawan untuk kulit sebiji buah cempedak) di dalam bekas.
- Kemudian, tekan dan padatkan, dan letakkan sedikit air suam.
- Tutupkan bekas, simpan dalam jangka masa seminggu (lagi lama, lagi bagus).
- Apabila hendak makan, ambil sebanyak mana yang anda mahukan. Cuci dan ramas-ramas kulit cempedak tersebut hingga air masin keluar.
- Kemudian, toskan dan goreng sehingga ia agak garing. Asingkan.
- Seterusnya, gorengkan bawang putih, bawang besar, cili dan ikan bilis yang telah dipotong. Campurkan bersama mandai yang telah digoreng awal tadi.
- Siap!
Sumber: http://ladylista.cari.com.my/