Kesihatan, Pilihan

8 Makanan Hebat Buat Mereka yang Mengalami Eczema

Avatar
/
Mulan x Nocturnal
8 Makanan Hebat Buat Mereka yang Mengalami Eczema

Eczema ataupun drematitis merupakan suatu penyakit akibat keradangan pada kulit yang boleh menimbulkan kemerahan, gatal-gatal, nanah, luka dan pelbagai lagi pada kulit. Keadaan ini akan menimbulkan ketidakselesaan pada mereka yang mengalaminya.

IKLAN

Jika anda telah mengalami eczema pada suatu jangka masa yang lama, ini kami kongsikan 8 pemakanan hebat yang patut anda amalkan bagi mengurangkan gejala eczema yang dialami.

1. Teh Chamomile
Chamomile mempunyai ciri-ciri anti-radang dan juga boleh melegakan kulit. Minum teh chamomile mampu mengurangkan rasa gatal, tetapi ia adalah lebih baik untuk mencuba sedikit dahulu untuk memeriksa jika anda mengalami apa-apa reaksi alahan.

2. Bawang Hijau
Bawang hijau terkenal dengan beberapa ciri-ciri kesihatan. Ia terbukti mengurangkan tahap histamine dalam badan dan juga mempunyai ciri-ciri anti-radang. Vitamin K yang penting untuk kulit yang sihat juga terkandung di dalam bawang hijau.

3. Pisang
Pisang kaya dengan potassium, magnesium dan vitamin C. Ia mengurangkan keradangan dan menggalakkan pembaikan kulit. Kegatalan pada kulit dapat dikurangkan kepada satu tahap yang tinggi sekiranya pisang dimasukkan ke dalam diet harian.

4. Kentang
Kentang kaya dengan serat, vitamin C dan potassium. Ia mampu mengalkalikan dan tergolong dalam kumpulan makanan yang baik buat mereka yang mengalami eczema.

5. Ikan dan Kekacang
Makanan yang kaya dengan asid lemak omega-3 mampu melakukan keajaiban kepada mereka yang mempunyai eczema. Ini termasuk makanan seperti salmon, walnut, chia seeds dan banyak lagi.

6. Yogurt
Probiotik adalah satu bentuk bakteria hidup. Beberapa kajian telah membuktikan bahawa probiotik yang terdapat dalam makanan seperti yogurt membantu mengurangkan gejala eczema.

7. Makanan Berkhasiat
Pakar-pakar perubatan mengkategorikan makanan berkhasiat sebagai makanan yang original, tanpa pengubahsuaian genetik dan kekurangan proses pemprosesan. Contoh makanan yang berkhasiat adalah seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin penuh yang cukup baik untuk mendapatkan kulit yang sihat. Kurangkan gluten dalam bentuk roti, pasta dan bijirin untuk mengelakkan pencetus kepada eczema.

IKLAN

8. Makanan Tambahan Semulajadi
Pada hari dan usia hari ini, ia mungkin sukar untuk mendapatkan nutrien lengkap dalam diet harian. Ini adalah dimana makanan tambahan mempunyai peranan yang besar. Makanan tambahan yang kaya dengan omega 3, 6 dan 9, asid gamma-linolenik (GLA) dan vitamin A, D dan E menggalakkan pertumbuhan kulit yang sihat. Makanan tambahan semulajasi ini dapat membantu menghidratkan kulit, meningkatkan pengeluaran kolagen dan melindungi kulit daripada radikal-radikal bebas.

Susu beras juga antara makanan yang disyorkan untuk mereka yang mengalami eczema. Secara amnya, makanan yang tinggi histamine mesti dielakkan jika anda ingin menjauhkan diri daripada segala gejala eczema yang membimbangkan.

Sumber: MagForWomen.com