Jovian Ready-To-Wear (RTW) akhirnya melancarkan koleksi yang terbaru iaitu J Luxe. Koleksi RTW ini boleh didapati di J Store Shah Alam, J Store Bangsar dan J Store Kota Kinabalu.
Koleksi terbaru dari Jovian ini mempamerkan suatu edisi terkini bertujuan menepati citarasa pelanggan untuk memenuhi emosi selera wanita zaman ini, yang mahukan keterampilan diri kelihatan cantik dan mewah. Bagi wanita yang menggunakan rekaan J Luxe ini, mereka akan menampilkan kehebatan dan kemewahan selaras dengan ikutan trend fesyen masa kini yang menarik dan memberi keselesaan.
Warna-warna yang dipilih dalam koleksi J Luxe menterjemahkan unsur-unsur keceriaan ala Jovianista, mengilhamkan melalui satu rekaan fesyen yang tersendiri, dengan pemilihan warnawarna seperti biru, merah jambu, hijau dan jingga, yang merupakan antara pilihan beberapa warna yang sentiasa diminati oleh kaum wanita dari semua peringkat umur dan kumpulan serta bersesuaian dalam pelbagai majlis dan suasana pergaulan.
Seperti dikatakan oleh Jovian Mandagie, Ketua Pegawai Eksekutif/Designer, “Penyediaan berterusan dalam koleksi fesyen terkini sentiasa memberi kepuasan dan meningkat keazaman dan minat saya untuk terus menzahirkan rekaan-rekaan baru setiap tahun dari semasa ke semasa. Apabila melihat setiap Jovianistas menggunakan pakaian fesyen berwarna cantik, ianya benar-benar memberi kegembiraan dan merupakan satu keunikan suasana yang menakjubkan.”
Koleksi fesyen terpilih ini, mempamerkan 21 bentuk rekaan yang berasaskan pakaian Muslimah dan potongan Baju Kurung Moden yang menjadi idaman setiap wanita zaman ini yang mahu dirinya kelihatan cantik dan sofistikated. Dalam menyediakan koleksi ini, fabrik ‘chiffon’ dan ‘crepe’ menjadi pilihan sebagai bahan utama, yang pasti menampakkan bentuk rekaan dengan kilauan potongan yang cantik yang pasti menjadi tarikan serta memberi perasaan yang ekslusif.
“J Luxe merupakan tema koleksi bebas untuk melengkapkan setiap wanita dengan fesyen Muslimah yang terkini. Ia memberi peluang kepada setiap wanita untuk kelihatan lebih cantik dan bergaya serta sesuai untuk pelbagai majlis.” jelas Jovian Mandagie.
Dengan koleksi jenama terbaru ini, Jovian juga berhasrat untuk memperluas pengedaran ke dalam koleksi pakaian pasaran ‘ready-to-wear’ masa kini, untuk memberi peluang dan keselesaan kepada golongan wanita yang pentingkan faktor keselesaan dan kualiti.