Bagi seorang Michelle Phan, ternyata kunci utama untuk menjadi beauty blogger atau vlogger yang berjaya di dunia kecantikan ini adalah faham dengan tujuan yang ingin dicapai serta apa yang akan disampaikan.
Pada Michelle, dia selalu menekankan tujuan awalnya membuat deretan tutorial di YouTube adalah untuk memberi inspirasi kepada orang lain. Michelle langsung tidak menyangka niat kecilnya adalah untuk memberi inspirasi tetapi kini namanya gah dalam dunia kecantikan.
Apa agaknya rahsia Michelle Phan sehingga dia berjaya seperti sekarang ini. 3 rahsia boleh anda selidik
Pelaburan yang baik & betul
Baginya bukan masalah kamera apa yang kamu gunakan, namun alat pencahayaan seperti apa yang ada di sekeliling. “You can film with an iPhone or a webcam, but if the lighting is really good it doesn’t matter,” she said. Jika kamu ingin terjun ke dunia vlogger seperti Michelle, sudah masanya kamu bertanya dan mempelajari soal pencahayaan apa yang sesuai digunakan semasa vlogging daripada jurugambar atau juruvideo.
Tampil kelainan & kreatif
Memandangkan ramai sudah mulai terjun ke dunia blogger dan vlogger, cuba buat sesuatu yang berbeza sebelum memulakan sesuatu. Menurut Michelle yang kini mempunyai brand sendiri yang bernama EM, salah satu kesalahan individu yang ingin menjadi blogger adalah mengikuti apa yang orang lain lakukan. So what ‘s the difference? Jika begini, orang akan lebih memilih menonton blogger yang sudah lebih lama muncul berbanding blogger baru yang hanya memaparkan gaya blogging yang sama saja.
Tahu edit
Satu lagi perkara yang penting ialah tahu cara untuk mengedit video. Jangan hanya boleh bicara di depan kamera dan meberikan tutorial tetapi tidak tahu perkara yang harus dilakukan selepas itu. Michelle menyarankan agar amateur untuk boleh menyunting video sendiri. Dengan begitu, kamu boleh memberikan ciri khas tersendiri pada video yang kamu muat naik ke YouTube.
fimela.com