Pujian harus diberikan kepda pihak penganjur konsert dan bintang Korea ini sendiri yang berjaya mengelakkan kontroversi berulang selepas Taeyang dilihat lebih peka dengan sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia ketika hadir ke sini baru baru ini.
Melalui beberapa buah video dan gambar yang dimuatnaik para peminat ke media sosial, Taeyang yang juga ahli kumpulan Big Bang dilihat sangat berhati-hati untuk tidak menyentuh para peminat wanita, terutama yang beragama Islam.
Terdapat video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna di Instagram menunjukkan yang walaupun Taeyang berada dekat dengan peminat, beliau mengambil pendekatan untuk tidak menyambut tangan yang dihulur oleh para peminatnya.
Ada juga khabar yang mengatakan, Taeyang sendiri memaklumkan kepada seorang peminatnya yang beragama Islam bahawa beliau tidak dibenarkan untuk menyentuh peminat walaupun lazimnya satu pelukan memang bukan perkara asing buat bintang Korea ini.
Mungkin perkara ini boleh diteruskan dalam konsert bintang K-Pop selepas ini untuk elakkan ianya menjadi bahan kontroversi rakyat Malaysia. Serius, kami respect dengan Taeyang! – ROTIKAYA