Sudah menjadi kebiasaan sekiranya kita mendengar tentang suami yang cepat klimaks sebelum isteri. Namun dalam masa yang sama kadangkala ianya menjadi keluhan para suami kerana terlalu cepat merasa puas. Lebih-lebih lagi keadaan begini biasanya terjadi kepada pasangan suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumahtangga kerana di awal usia perkahwinan pasangan akan mudah teransang dan “malam pertama” menjadi permata dan senjata yang terindah.
Tapi kadangkala suami terlalu ghairah dan kurang peka akan isteri yang sebenarnya tertekan dan kecewa kerana suami yang terlalu cepat ‘tewas’ diranjang. Dengan itu, penulis ingin berkongsi beberapa tips untuk para-para suami dan juga pengetahuan baru kepada bakal-bakal pengantin yang akan mendirikan rumahtangga tentang cara cepat untuk meransang isteri sehingga klimaks.
Bermain dengan perasaan
Bermain dengan kata-kata manis seperti memuji akan kecantikannya, memuji haruman bau badannya, bermain dengan sms yang romantis, mengajak isteri bersama-sama menonton video romantis, memberikan bunga atau hadiah kepada isteri dan juga bersikap romantis sepanjang hari. Taburkan kamar tidur dengan kelopak bunga yang harum. Semua ini akan membuatkan isteri akan mula rasa kasih dan sayang yang membuak-buak.
Bermain dengan reaksi
Untuk meningkatkan lagi deria ransang seks isteri, suami perlu lakukan dengan lebih lembut dan sedikit agresif seperti memberikan ciuman manja dan penuh kasih sayang, mendakap isteri dari arah belakang sambil posisi tangan di bahagian lehernya sambil berbisik ditelinganya dengan kata-kata romantis.
Bermain dengan asmara
Jika si isteri benar-benar teransang dengan 2 permainan di atas, bolehlah si suami memainkan peranan yang seterusnya bagi menyemarakkan lagi keintiman tersebut seperti menanggalkan pakaian. Perkara ini bukan sahaja akan memancarkan raut wajah suami malahan isteri juga akan sekali lagi jatuh cinta dengan anda. Berikan layanan yang amat istimewa pada isteri.
Percayalah dengan tips yang diberikan, isteri akan cepat merasa puas dan sudah pasti isteri anda juga mahu meneruskan perhubungan yang lebih jauh.
Semoga tips di atas dapat memberikan kesan terbaik didalam perhubungan suami isteri. Pasangan harus berperanan positif menikmati kepuasan seks bersama dalam kehidupan berumahtangga. Dengan ini sama-samalah kita manfaatkan dan kongsikan bersama. Inshaallah.