Jumaat lalu, team Wanista berpeluang review makanan di Kafe Pretz n’ Beanz yang terletak di IPC Shopping Centre. Menariknya, di sini menjual pelbagai pilihan kopi enak yang semestinya memenuhi citarasa penggemar kopi sejati.
Jika bercakap tentang pretzel, pasti pilihan semua orang adalah Auntie Anne tetapi percayalah pretzel di sini juga tidak kurang hebatnya, sangat lembut, tidak berminyak, mempunyai secret recipe yang tersendiri. Kafe ini juga menawarkan pelbagai pilihan pretzel segar yang di bakar lembut ini juga satu-satunya kafe yang menawarkan pizza pretzel di Malaysia. Setiap doh diadun berbeza (tapi dijamin sedap) bagi menghasilkan adunan yang kekal lembut walau selepas dibakar. Simpulan pastri Jerman ini cukup dikenali, manis dan diisi dengan pelbagai perisa untuk melengkapi rupanya.
Kopi enak yang diperbuat daripada biji kopi panggang artisan premium, dibrew oleh barista terlatih. Malah, pelanggan juga boleh menikmati pilihan hidangan menyelerakan seperti menu sarapan gaya continental, pasta, burger dan pilihan salad yang dibuat sejurus selepas pesanan diterima. Menu utama dibuat segar di dapur kami, menjadikan hidangan yang menyelerakan tanpa sebarang bahan perisa tambahan.
Kami berpeluang merasai beberapa signature dan recommended dish yang boleh dikatakan a must try bila anda pertama kali jejak kaki di sini. Ianya adalah seperti Royale Salmon Egg Benedict, Chicken Hawaii Pizza, Cinnamon Sugar Pretzel, Caramel Butter Thick Toast, Sweet Potato Pretzel, Spicy Seafood Pasta, Jumbo Chicken Hot Dog dan juga Basil Cheese Pretzel.
Apa yang boleh penulis katakan, kesemua makanan yang sempat dicuba agak memuaskan cuma bagi penulis Spicy Seafood Pasta terlalu pedas dan mungkin kurang sesuai untuk anak kecil.
Antara menu yang ditawarkan di sini.
Ingin menikmati makanan ini semua, anda boleh ke lokasi mereka di:
Solaris Mont Kiara
No. 22, Ground Floor, Jalan Solaris 4,
Mont Kiara, Kuala Lumpur
IPC, Mutiara Damansara
G23, Ground Floor, IPC Shopping Centre,
No.2, Jalan PJU 7/2 Mutiara Damansara 47800 Petaling Jaya, Selangor