Fesyen, Hiburan, Pilihan

Kim Woo Bin, Model Asia Timur Pertama Peraga Jam Tangan Calvin Klein

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Kim Woo Bin, Model Asia Timur Pertama Peraga Jam Tangan Calvin Klein

Tahniah buat pelakon yang popular dengan watak Choi Young-do dalam drama The Heirs kerana terpilih sebagai model Asia Timur yang pertama memperagakan barangan kemas dan jam tangan dari label mewah Calvin Klein.

IKLAN

Baru-baru ini, pelakon dengan ketinggian 188 cm telah menjalani penggambaraan komersil di Hong Kong untuk jenama Calvin Klein. Dalam CF tersebut, Kim Woo Bin bergandingan dengan model ternama Poland Anna Jagodzińska. Mereka berdua memakai jam tangan istimewa Calvin Klein Infinite dan Alliance.

Perkembangan terkini, Woo Bin juga telah menandatangani perjanjian baru dengan Giordano dan Sieg Fahrenheit. Wahhh Daebakkk!!

kimwoobin3

kimwoobin2_iylxTPM

Sumber dari Dramafever