Kulit sensitif memiliki reaksi cepat terhadap produk tertentu, bahan kimia, dan cuaca tidak menentu. Rutin penjagaan kulit sensitif memerlukan lebih perhatian, kerana terdapat banyak produk penjagaan wajah yang dijual boleh mengakibatkan kerosakan kepada kulit sensitif. Biasanya, kulit sensitif akan kelihatan merah, berjerawat, bahkan mengalami iritasi. Hal ini menyebabkan seseorang merasa tidak senang, sekaligus menjejaskan penampilan.
Bagi anda yang memiliki kulit sensitif, ikuti tip berikut:
- Jangan menggunakan pembersih wajah yang mengandung zat eksfoliasi. Jika kulit berminyak, gunakan pembersih yang mengandung salicylic acid untuk membuka pori wajah yang tersumbat.
- Cuba gunakan produk yang mengandung herba semulajadi seperti chamomile dan aloe vera, yang berfungsi sebagai anti-iritasi.
- Hindari penggunaan penyegar wajah yang mengandungi alkohol, kerana ia sangat reaktif terhadap kulit sensitif. Sebaiknya, pilih penyegar yang mengandungi lavender atau witch hazel.
- Pilih krim pelindung sinaran matahari yang mengandung zinc atau titanium diokside, kerana ia dapat mencegah iritasi pada kulit wajah akibat sinaran matahari.
- Bersihkan solekan wajah dengan pembersih lembut yang tidak mengandungi sabun (soap free) dan lembut (mild).
- Bila kulit sedang iritasi, saat membersihkan wajah, gunakan air dan make up remover wipes berbentuk tisu. Jangan gunakan air sejuk ataupun air panas, kerana suhu ekstrem dapat mengiritasikan kulit secara cepat. Sebaiknya, gunakan air bersuhu normal.
Selamat Beramal!