Seperti biasalah peminat setia Yuna pasti ingin tahu kisah peribadi malah percintaan penyanyi antarabangsa ini. Terbaru, ada ura-ura berkata Yuna mungkin sudah bertemu pengganti yang tidak kurang hensemnya dan turut merupakan jejaka berdarah kacukan Melayu-Inggeris.
Selepas diselidik, jejaka yang kini dikatakan rapat dengan Yuna itu pula, rupa-rupanya adik kepada pelakon Ashraf Sinclair yang dikenali sebagai Adam. Kalau diperhatikan laman Instagram Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari, Yuna turut sama menyertai percutian Ashraf sekeluarga di Los Angeles baru-baru ini.
Mungkin juga Yuna menjadi ‘tourist guide’ buat family Sinclair memandangkan penyanyi berbakat besar itu sudah agak lama menetap di negara itu. Apapun, kita tunggu dan lihat nanti apa kata Yuna mengenai perkara tersebut, tapi kalau tengok pasangan ini memang sama cantik dan sama padan!
mynewshub