Fesyen pakaian wanita dan lelaki telah berkembang meluas dengan kehadiran pelbagai label atau jenama pakaian di pasaran. Hari ini kami bawakan kepada anda 12 label pakaian paling mahal di dunia, yang sekiranya anda ingin membelinya, pastikan poket anda penuh!
1. Dior
Christian Dior mengasaskan jenama ini pada tahun 1946, dan sejak itu, ia telah menjadi nama yang terkemuka di pasaran untuk pakaian couture panas dengan pelanggan yang terdiri daripada hartawan perniagaan, bintang filem dan banyak lagi. Antara barangan mewah yang jenama Perancis ini tawarkan termasuk dress ekslusif, alat solekan, wangian, aksesori dan lain-lain.
2. Gucci
Salah satu jenama mewah terkemuka Itali, Gucci telah menjadi pengeluar utama beg, kasut dan banyak lagi sejak pelancarannya. Ia mempunyai banyak pesaing dalam pasaran, tetapi barangan berkualiti tinggi yang mereka tawarkan menjadikan pelanggan tetap setia dengan label ini.
3. Chanel
Diasaskan oleh Coco Chanel pada tahun 1909, jenama ini sentiasa mempunyai koleksi unik aksesori fesyen dengan gaya paten yang tidak pernah meniru jenama lain atau berusaha keras untuk bersaing dengan mereka, sama seperti gaya tersendiri oleh pengasasnya sendiri. Chanel menjadi salah satu jenama paling popular di seluruh dunia dengan semua gadis-gadis muda berharap untuk memiliki salah satu beg tangan mereka sekurang-kurangnya sekali seumur hidup!
4. Prada
Filem “The Devil Wears Prada” menunjukkan kehidupan sebenar mereka yang mementingkan fesyen, dan memberitahu kita bahawa fesyen adalah lebih daripada hanya sekadar meliputi badan anda dengan pakaian. Walaupun filem itu tidak mempunyai banyak kaitan dengan Prada, namun Prada adalah label yang memegang prinsip tersebut — sentiasa mempunyai pakaian dan aksesori yang ringkas namun bergaya. Tidak perlu diperkatakan lagi, pendekatan daripada jenama ini yang menjadikannya popular dalam kalangan ramai selebriti terkenal.
5. Guess
Jika anda berfikir tentang pakaian denim yang bergaya, Guess adalah jenama pertama yang menerjah fikiran anda. Jenama Amerika ini mementingkan pakaian yang selesa dan bergaya untuk lelaki dan wanita. Seluar jeans mereka adalah yang paling popular daripada koleksi mereka di seluruh dunia.
6. Versace
Versace, satu jenama Itali yang datang dengan koleksi baru dengan begitu pantas, ia tidak meninggalkan ruang untuk pesaing untuk mengejar. Kasual atau pakaian rasmi atau aksesori, setiap selebriti mempunyai sesuatu daripada Versace di dalam almari pakaian mereka.
7. Armani
Armani adalah satu jenama seperti penyelesaian sehenti untuk semua pemakaian anda, jika anda berkemampuan! Ia datang dengan koleksi menakjubkan untuk semua musim dan mempunyai cawangan butik di seluruh dunia. Wangian mereka sangat hangat diperkatakan, dan pakaian mereka adalah daripada pelbagai jenis dan kualiti.
8. Dolce and Gabbana
Kebanyakan koleksi daripada Dolce and Gabbana yang sangat bergaya, menjadikannya hit dalam kalangan generasi muda. D & G terkenal kerana penghasilan pakaian berkualiti tinggi yang mempunyai pernyataan gaya yang unik. Aksesori mereka juga cukup terkenal dalam industri fesyen.
9. Valentino
Valentino adalah salah satu jenama yang disukai oleh wanita kaya untuk gaun malam dan pakaian formal, terima kasih kepada reka bentuk luar biasa dan potongan menarik yang mereka hasilkan. Jenama ini terkenal dengan penghasilan pakaian yang menarik perhatian ramai, dan sudah tentu, mereka mengenakan harga setanding dengan perhatian yang bakal anda dapat apabila mengenakan koleksi mereka!
10. Marc Jacobs / Louis Vuitton
Tiada senarai jenama mewah yang lengkap tanpa menyebut Louis Vuitton. Logo tandatangan LV yang tertanam pada beg tangan kulit mereka telah menjadi kegilaan semua wanita dan lelaki. Jenama ini juga mempunyai koleksi pakaian yang mengagumkan yang masuk di bawah nama Pengarah Kreatif, Marc Jacobs.
11. Fendi
Karl Lagerfeld, salah satu nama paling popular dalam industri fesyen yang merupakan Pengarah Kreatif jenama Itali ini, yang ditubuhkan pada tahun 1925 sebagai kedai barangan kulit dan bulu pada awalnya. Ia mula berkembang menjadi salah satu jenama paling popular yang menghasilkan produk kulit berkualiti, dan kemudian berkembang ke dalam bidang pakaian, cermin mata hitam, wangian, jam tangan dan banyak lagi.
12. Yves Saint Laurent
Seorang pereka Perancis yang bekerja sebagai Pengarah Kreatif bersama Dior untuk masa yang lama dan kemudian melancarkan jenama sendiri, Yves Saint Laurent tahu apa itu gaya tersendiri dan keanggunan. Jenama ini mempunyai beberapa reka bentuk yang paling unik, dan hari ini, ia adalah salah satu label pakaian yang dicari selebriti untuk dipakai semasa karpet merah.