Makanan, Pilihan, Resepi

Resepi Pisang Goreng Cheese oleh Sheila Rusly

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Resepi Pisang Goreng Cheese oleh Sheila Rusly
www.bukuresepi.com
www.bukuresepi.com

 

Pisang Goreng Cheese cukup popular sekitar akhir tahun lepas. Ianya sangat mendapat permintaan ramai hingga ada yang merebut peluang keterujaan orang ramai untuk menjadikan ianya sebagai pendapatan sampingan.

Ramai yang menceritakan dan mengambarkan betapa enak dan lazatnya bila dapat menikmati pisang goreng cheese. Bertambah enak lagi bila di makan ketika masih hangat. Wanista berminat untuk berkongsi resepi yang diperolehi daripada Facebook Resepi Sheila Rusly.

Bahan untuk pisang goreng

  • 1 biji pisang Tanduk (dipotong mengikut citarasa masing2)
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • sebiji telur
  • satu sudu butter
  • secubit garam
  • perwarna [email protected] kunyit
  • minyak masak secukupnya untuk mengoreng

Bahan untuk toping

  • Keju cheddar(diparut)
  • satu sudu kecil susu pekat manis
  • satu sudu kecil butter

Cara membuat

1. Tepung gandum dan tepung beras, dicampur dalam satu bekas bubuh air dan telur serta pewarna kuning. (Sesiapa yang tak suka pakai pewarna boleh juga guna serbuk kunyit), masukkan sesudu butter di dalam bancuhan tepung tadi serta sedikit garam.

2. Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, serta toskan. (deep fry).

3. Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter, masukkan sedikit saja keju yang telah diparut, masukkan pisang berserta sedikit susu pekat manis. Siap untuk dihidang dengan ditabur parutan keju di atas pisang goreng.

IKLAN