Makanan, Pilihan, Review - Makanan

10 Tempat Makan Di Seremban Paling Sedap Mesti Anda Cuba

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
10 Tempat Makan Di Seremban Paling Sedap Mesti Anda Cuba

Bila anda ke Seremban, mesti anda berhadapan dengan masalah mencari tempat makan yang sedap di sana bukan. Jangan risau kerana keluarga penulis dari Seremban jadi serba sedikit lokasi tempat makan sedap dan berbaloi, penulis tahu. Ini antara pilihannya.

1. Nasi Arab Damsyik, Senawang Paroi

Rata-rata yang datang singgah makan di sini akan memberikan review positif terhadap makanan di sini. Apa istimewanya? Nasi Arab Damsyik ini boleh dikatakan sangat popular. Kalau datang malam, sentiasa penuh. Bertemakan masakan arab yang berasal dari Damsyik, sedap sangat nasi arab kat sini. Restoran Nasi Arab Damsyik ini terletak di Jalan Paroi-Senawang.

wahidayatulaswa.blogspot.com
wahidayatulaswa.blogspot.com

2. Restoran Makanan Laut Man Tomyam, Arah nak pergi ke Jelebu

Kalau makanan Thai pula paling best dan syok sekali di Restoran Man Tomyam. Sini setiap malam memang full house, warga KL ramai datang sini untuk makan seafood. Paling best tomyam pok teh, istimewanya kuah warna putih dan rasa tomyam pekat. Harga di sini juga berbaloi dan murah. Servis cepat, jadi jangan risau okay. 

sweetiesaqi.blogspot.com
sweetiesaqi.blogspot.com
sweetiesaqi.blogspot.com
sweetiesaqi.blogspot.com

3. Satay RnK, Seremban 2

Selain satay minang, satay tulang Jelebu di Senawang, ada lagi satu tempat makan jual satay iaitu Satay RnK yang terletak di Seremban 2. Penulis banyak kali datang makan satay di situ dan ternyata satay ayam mahupun daging sedap, bahagian perut juga  kenyal dan berperisa malah kuah juga sedap. Di sini, ada juga menjual makanan Thai yang lain, anda patut cuba sup tulang mereka kerana rasanya cukup marvellous. 

goodyfoodies.blogspot.com
goodyfoodies.blogspot.com

4. City Park Oriental, Seremban 2

BACA  Untung Orang Suka Makan Sayur Taugeh, Ni Manfaat Ramai Tak Tahu

Restoran City Park Oriental terkenal dengan makanan chinese muslim, sentiasa padat dengan pelanggan lebih-lebih lagi bila public holiday. Di sana semuanya sedap, antaranya butter prawn, tomyam campur, ikan siakap tiga rasa dan pelbagai lagi. Perlu diingatkan, hari jumaat waktu tengahari akan ditutup seketika bagi menghormati solat jumaat.

wonderfulretreats.blogspot.com
wonderfulretreats.blogspot.com

5. Restoran Nelayan, Rahang

Semua orang tahu akan kehebatan tempat makan di sini. Restoran Nelayan ini istimewa kerana ada menu khas contohnya daging kancil, rusa, landak arnab dan pelbagai lagi. Boleh dikatakan di sinilah tempat terbaik untuk anda dapatkan makanan tradisi Nogori Sembilan, masak lemak cili api yang memang berapi.

supermengmalaya.blogspot.com
supermengmalaya.blogspot.com

6.  Restoran Wadi Ar-Raudhah, Rahang

Walau harga mahal tetapi sentiasa full house, itulah penangan Restoran Wadi Ar-Raudhah di Rahang. Restoran ini jadi tumpuan bila waktu tengahari sebab lauk pauk yang disajikan semuanya fresh dan pelbagai jenis lauk sampai rambang mata. Serius banyak pilihan dan rasanya juga sedap.

izzlatif.blogspot.com
izzlatif.blogspot.com

7. Mee Kari Railway Rasah, Seremban 2

Peminat mee kari boleh datang ke sini. Kenapa? Mee Kari Railway Seremban ini tidak kedekut ayam. Itulah yang menjadi tumpuan para pelanggan setianya saban hari. Kenapa nama dia mee kari railway? Suatu ketika dahulu lokasinya adalah berdekatan dengan Stesen Keretapi Seremban.

BACA  Pilih Tembikai Segar Dan Manis Sempurna Dengan 5 Tips Mudah
railwayrasah.blogspot.com
railwayrasah.blogspot.com

8. Haji Shariff Cendol, Bandar Seremban

Mesti ramai yang tahu akan Haji Shariff Cendol. Ini merupakan salah satu tempat makan yang bertahan lama di Seremban. Mempunyai pengaruhnya sendiri, Haji Shariff Cendol semakin berkembang dan mempunyai beberapa cawangan di daerah Seremban. Keistimewaan cendol di sini menggunakan gula enau atau gulan kabung.

hidupmausedap.blogspot.com
hidupmausedap.blogspot.com

9. Mama One Stop Bakery & Cafe, Tasik Jaya, Paroi

Jika anda inginkan makanan yang lebih ringa, anda boleh ke Mama One Stop Bakery & Cafe. Di sini terjual banyak kuih-muih tradisional seperti donut, karipap dan pelbagai lagi. Karipap mereka besar dan tidak kedekut inti, sardin dan kari ayam atau daging memang sedap dimakan ketika masih panas. Donut juga tidak kurang hebatnya, lembut. Selain menjual kuih-muih, di sini juga terdapat jualan makanan western boleh anda cuba.

fatinzach.wordpress.com
fatinzach.wordpress.com

10. Gerai Rajab, Benteng Seremban

Kalau dah ada darah dari Bukit Tinggi Sumatera, memang tak boleh dipisahkan dengan Satay Minang ni. Satay di sinilah ramai yang kata the best. Pak Rajab memang asal dari sana dan sudah berniaga lama. Kini Gerai Rajab terletak di Benteng (tengah bandar) Seremban dan dibuka dari petang sampai malam.

www.kisahtatie.com
www.kisahtatie.com

the vocket

  1. mama one stop cafe tu donut dia mcam style donut big apple…tak manis sangat tak muak lepas makan satu…tapi donut xlembut mcam big apple la…tapi plus point dia sebab murah…city park oriental so so, tapi malam memang ramai

Leave a Reply
Your email address will not be published. *