Tahun baru, gaya baru!
Kami cabar anda semua untuk bertukar penampilan dengan mengambil idea berfesyen dengan 3 jenis seluar pilihan Wanista. Daripada skinny pants, jogger pants hingga culottes pants, semuanya boleh dipadankan dengan pelbagai pilihan baju, kasut dan beg tangan mengikut kehendak anda. Namun, dijamin stailo!
1) Skinny Pants
Seluar jenis ini sememangnya sangat moden dan stailo yang menjadi pilihan ramai wanita. Sesuai dipadankan dengan apa jenis baju sekalipun dan juga kasut seperti sneakers atau high heels.
2) Jogger Pants
Seluar ini pula memberikan keselesaan maksimum kepada anda disamping kekal stailo.
3) Culottes Pants
Siapa sangka dengan seluar yang ringkas dan moden ini, ia mampu mengubah penampilan anda kepada yang lebih stailo hasil padanan bersama blazer ataupun jaket.