Info Menarik, Pilihan

5 Jenis Rumah Sementara Boleh Digunakan Untuk Bantu Mangsa Banjir

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
5 Jenis Rumah Sementara Boleh Digunakan Untuk Bantu Mangsa Banjir

Negeri-negeri di Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu, Pahang telah dilanda banjir paling teruk dalam sejarah negara. Kesannya, ramai penduduk kehilangan tempat berteduh akibat rumah hancur musnah. Selain daripada projek pembinaan rumah, apa cadangan yang boleh dipertimbangkan bagi mememudahkan mangsa banjir. Kerajaan menganggarkan kos yang agak besar bagi projek pemulihan kawasan-kawasan yang terjejas, termasuk membina perumahan sementara bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir.

Diperolehi daripada says.com, 5 cadangan rumah sementara ini boleh dijadikan rujukan.

1. BiniShelter: Kediaman segera bersifat ‘pop-up’

  • Perumahan kos rendah, mudah alih dan mudah untuk didirikan.
  • Menyerupai kediaman seperti sebuah rumah tetapi hanya dipasang dalam masa 30 minit sahaja.
  • Rumah diperbuat daripada bahan-bahan yang ada.
  • Boleh disesuaikan ke dalam struktur yang lebih besar seperti sekolah, boleh terapung atas ketika banjir.
  • Info boleh lihat di sini.
BACA  Kini Bergelar Model, Gadis Sindrom Down Bukti Boleh Berjaya Seperti Orang Normal

Screen Shot 2015-01-08 at 3.32.32 PM

2. Shipping Container : Kontena terpakai dijadikan rumah

  • Rumah sementara ini digunakan di Jepun.
  • Sebuah firma binaan, Shigeru Ban Architects melakukan satu jalan penyelesaian mudah bagi menempatkan mangsa-mangsa Tsunami yang melanda negara itu pada tahun 2011.
  • Bina penempatan sementara gunakan kontena terpakai.
  • Dihias dengan binaan perabot kemas dan praktikal.
  • Maklumat lanjut di sini.

Screen Shot 2015-01-08 at 3.35.45 PM

Screen Shot 2015-01-08 at 3.36.06 PM

Screen Shot 2015-01-08 at 3.36.12 PM

3. Superadobe : Rumah timbunan pasir

  • Rumah Superadaboe ini telah bersifat mesra alam.
  • Hanya memilih bahan-bahan semula jadi.
  • Bina dengan bahan minimum untuk mewujudkan ruang maksimum, sama seperti sarang lebah atau cangkerang laut.
  • Maklumat lanjut di sini.

Screen Shot 2015-01-08 at 3.55.42 PM

Screen Shot 2015-01-08 at 3.55.53 PM

4. Exo Reaction Housing: Rumah berbentuk cawan pelbagai konfigurasi

  • Rumah sementara ini ringan sehingga boleh diangkat dengan tangan.
  • Boleh menempatkan empat orang di dalam satu unit.
  • Boleh disambung-sambung antara satu unit dengan unit yang lain bagi mendapatkan kawasan yang lebih besar.
  • Bentuknya yang seperti “cawan terbalik” pula dapat memudahkan kerja pemindahan kerana ia boleh ditangkup bertingkat-tingkat dalam satu masa.
  • Maklumat lanjut di sini.
BACA  Selain Kesihatan Dalaman, Ni Manfaat Kacip Fatimah Untuk Wanita

Screen Shot 2015-01-08 at 3.59.48 PM

Screen Shot 2015-01-08 at 3.59.51 PM

5. Accordion-Like ReCover Shelter: Mudah didirikan dengan hanya satu orang

  • Rumah sementara yang kukuh, murah, reka bentuk menarik
  • Diperbuat daripada bahan polypropylene kitar semula yang dilipat dan disusun untuk mudahkan pengangkutan.
  • Konsep lebih kurang sama seperti khemah – boleh diikat pada tanah untuk lindungi dari angin, ada zip.
  • Maklumat lanjut di sini.

Screen Shot 2015-01-08 at 4.05.37 PM

Screen Shot 2015-01-08 at 4.05.40 PM

Leave a Reply
Your email address will not be published. *