Acara, Info Menarik, Pilihan

Jom Aktif & Bersosial Bersama SPORTS BANDITS, Komuniti Sukan Sosial Pertama di KL

/
Mulan x Nocturnal
Jom Aktif & Bersosial Bersama SPORTS BANDITS, Komuniti Sukan Sosial Pertama di KL

S

Pernah teringin mencuba pelbagai jenis sukan menarik, tetapi tidak tahu bagaimana atau kepada siapa untuk anda berhubung? Nah, carian anda berakhir hari ini. Sports Bandits, komuniti sukan sosial terhebat yang pertama di Kuala Lumpur kini muncul untuk mengetengahkan revolusi sukan yang menggembirakan.

Sports Bandits adalah sebuah organisasi baharu yang ditubuhkan dengan matlamat untuk mendapatkan golongan profesional muda yang sibuk, aktif dan bersosial dengan menyediakan kemudahan dan akses kepada pengalaman yang menyeronokkan dalam bersukan. Mereka menganjurkan sukan berpasukan seperti bola tampar, dodgeball, bola keranjang, badminton, frisbee, capture the flag dan bubble futsal.

Semua profesional yang sibuk adalah dialu-alukan. Anda tidak perlu untuk menjadi seorang yang pandai bersukan, apa yang penting adalah anda mempunyai keinginan untuk belajar dan bersukan untuk kekal sihat.

S Warmups just before a dodgeball match The co-ed basketball session of Sports Bandits SONY DSC

Setiap aktiviti sukan akan dibantu oleh kakitangan terlatih dan segala-galanya, daripada peralatan ke gelanggang sewa dan rakan sepasukan semuanya diuruskan untuk anda.

Pada bulan Januari 2015, mereka mengadakan promosi di mana sesi pertama bagi setiap sukan adalah percuma untuk orang ramai. Mereka juga akan perkenalkan sukan baharu seperti flag football, kick ball dan quidditch.

Jadi tunggu apa lagi, jom sertai komuniti ini! Anda bukan sahaja dapat berjumpa dan berkenalan dengan ramai kawan baru, tapi anda juga dapat menghilangkan tekanan di tempat kerja dengan pelbagai aktiviti sukan yang mneyeronokkan dan menyihatkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sports Bandits — jadual, aktiviti dan tempat, anda boleh layari laman web mereka di www.sportsbandits.com.

S S

Komen Anda