Penyanyi single Boyfriend, Justin Bieber sebelum ini pernah menarik perhatian peminatnya dengan pakaian CK. Pada April tahun lalu, Justin memuat naik foto dirinya memakai boxer Calvin Klein berwarna putih.
Malah, Justin juga sering menangkap gambarnya menggunakan boxer CK. Bayaran kontrak Justin masih tidak jelas tetapi, 22 tahun dahulu Kate Moss dipercayai memperoleh kontrak pertama bernilai RM12 bilion. Nampaknya, Justin mungkin akan dibayar dengan bayaran yang lebih tinggi.
Calvin Klein dipercayai memilih penyanyi muda tersebut kerana sejak dahulu lagi, CK gemar memilih model yang punya reputasi ‘bad boy’. Kempen CK dengan wajah Justin ini akan dikeluarkan untuk beberapa bulan.