Oleh kerana bulan Oktober merupakan Bulan Kesedaran Kanser Payudara, jadi artikel kali ini ada berkaitan dengan payudara juga iaitu coli ataupun bra. Apabila wanita memilih coli, ada yang main hentam saja kerana malu atau takut hendak bertanya dengan jurujual. Biasanya yang malu bertanya ini adalah gadis remaja berbanding kakak yang sudah bekerja atau berumah tangga.Lebih daripada separuh wanita di seluruh dunia mengenakan saiz coli yang salah dengan saiz payudara mereka. Ada wanita yang lebih gemar memilih coli yang cantik berbanding keselesaan untuk badan.
Baca : Tips, fakta, mitos mengenai coli/bra untuk wanita
Soalan lazim : Ada masalah ke kalau pakai salah saiz coli atau bra? Adakah coli mampu mendatangkan masalah kepada wanita?
- Jawapan ringkas, memang ada. Dalam jangka masa yang panjang, jika wanita tetap memakai coli yang tak sesuai dengan payudara dan badan mereka, ia akan mengakibatkan beberapa masalah dari segi kesihatan dan juga memberi kesan kepada postur badan anda. Kajian oleh Sidney Ross Singer dan Soma Grismaijer mendapati, wanita akan lebih berisiko terkena kanser payudara jika mereka memakai coli terlalu lama.
- Jika anda memakai coli yang tidak sesuai dengan badan anda pula, anda akan menyebabkan tekanan pada tulang dan otot badan anda dan seterusnya menyukarkan anda bernafas terutamanya apabila anda memakai coli yang terlalu ketat dan juga berwayar. Proses pernafasan menggunakan beberapa otot badan, jadi apabila coli yang terlalu ketat digunakan, tulang rusuk anda akan mengalami tekanan. Sama juga konsepnya apabila memakai pakaian yang terlalu ketat.
- Selain itu, jika anda memakai coli yang terlalu ketat juga akan menyebabkan masalah kulis seperti lympoma. Ia disebabkan oleh cangkuk bra yang terlalu ketat dan apabila badan berpeluh, ia menyebabkan ruam pada badan. Jadi, pilihlah coli yang mempunyai tali yang tebal dengan pilihan cangkuk coli lebih dari satu.
- Coli yang salah juga boleh menyebabkan sakit belakang badan. Otot trapezius menghubungkan leher ke bahu.Coli yang tidak sesuai memberikan sokongan yang tidak mencukupi menyebabkan otot mengetat. Ini boleh membawa kepada sakit bahu, leher dan belakang kerana otot ini yang sentiasa tegang.
Soalan : Macam mana nak tahu bila kita pilih saiz bra/coli yang salah?
Ada beberapa tanda sebenarnya iaitu :-
- Coli di bahagian tengah tidak bersentuhan dengan kulit badan anda. Ini bermakna payudara anda terlalu besar untuk coli anda. Jika anda memakai bra berwayar, pastikan payudara anda tidak terkeluar dari bawah payudara anda. Jika ya, anda perlu memilih saiz coli yang lebih besar.
- Payudara anda terkeluar dari bahagian atas coli. Itu bermakna anda harus memilih saiz coli yang lebih besar.
- Cawan coli anda berkedut dan/atau ada ruang antara tepi cawan coli dan dada anda. Itu bermakna coli anda terlalu besar untuk payudara anda.
- Lemak terkeluar di belakang badan anda apabila memakai coli. Ramai wanita tersilap dan berfikir bahawa lemak belakang disebabkan oleh tali coli yang terlalu kecil atau pendek.
- Lemak terkeluar dibahagian ketiak anda apabila memakai coli yang tidak sesuai. Apabila ini terjadi, ini bermakna coli anda terlalu kecil untuk payudara anda.
Soalan : Bagaimana hendak memilih saiz coli yang sesuai
Coli terdiri daripada 2 komponen iaitu nombor 36,38, 40 dan sebagainya dan juga abjad dari A hingga K atau L. Nombor itu mewakili saiz lilitan atau ukuran di bawah dada anda. Manakala huruf pula mewakili saiz cup untuk coli anda.
1. Mula-mula, ukur lilitan di bawah dada anda. Jika ukurannya bernombor genap, tambahkan 4″ pada ukuran tersebut manakala jika ukuran bernombor ganjil tambah 3″. Contohnya, jika lilitan badan anda 32″, bra anda haruslah bersaiz 36″.
2. Kemudian ukurlilit pula saiz payudara anda dan tolakkan pula ukuran itu dengan ukurlilit bra anda yang telah anda ukur sebentar tadi Contohnya, jika ukurlilit payudara anda adalah 40″, tolakkan dengan 36″, jadilah 4″. Jika 4″ ditukar dengan huruf, ia bermaksud huruf D. Jika bezanya adalah 1″ maka ia adalah huruf A,begitulah seterusnya. Jadi disini, saiz coli anda adalah 36D.
Yang penting, semasa anda hendak membeli coli, pastikan anda mencubanya terlebih dahulu kerana material berbeza menyebabkan saiz akan menjadi berberbeza juga. Pastikan anda memilih coli yang tidak terlalu ketat, material yang terbaik adalah kapas 100% untuk memudahkan kulit bernafas dan tiada ruam pada badan dan pastikan tiada tanda-tanda saiz coli yang salah seperti yang saya sebutkan tadi.