Pengguna yang sedang mencari kasing iPhone berkualiti premium bagi mencantikkan dan melindungi iPhone 6 atau iPhone 6 Plus mereka kini boleh bergembira dengan kedatangan GRAMAS® di Malaysia pada hari ini. Pelancaran kali ini menyaksikan barisan kasing iPhone yang dipertontonkan di Publika, Kuala Lumpur. Acara tersebut dianjurkan oleh Pengasas dan CEO jenama terkemuka ini dari Jepun, En. Yuichi Sakamoto.
Sakamoto Radio Co. Ltd., selaku pengilang untuk produk GRAMAS® telah diasaskan pada 2009 oleh En. Sakamoto dan hari ini, syarikat ini menjadi pengilang yang mencatatkan pertumbuhan dan jualan pantas di Jepun. Produk GRAMAS® diciota dan dibangunkan dengan mengambil kira pelanggan mereka. Jenama ini mementingkan hanya bahan asli dan terpilih saja digunakn untuk mencipta produk kelas premium mereka.
“Kami sangat memperincikan pilihan peruncit kami. Sebelum ini, GRAMAS® hanya boleh didapati di pasaran Jepun. Ini kerana kami mahu bekerja dengan mereka yang berkongsi visi dan mereka yang menghargai kualiti,’ jelas Sakamoto tentang Strategi Pilihan Pengedaran syarikat. “Berikutan peningkatan pertumbuhan jenama, kami menyedari inilah masanya untuk kami memperluaskan empayar dan menjadikan produk premium kami sedia didapati di luar Jepun. Kami rasa berbesar hati kerana menjumpai rakan kongsi di Malaysia dan Singapura; dan ini sebabnya kita di sini sekarang,” tambahnya.
Hari ini, penampilan debut bagi siri kasing dan perlindungan skrin GRAMAS® iPhone 6 dan 6 Plus termasuk produk utamanya – GRAMAS® Meister, yang menawarkan barisan kasing kulit asli yang dibuat dengan tangan secara halus dari kulit buaya dan ikan pari.
Produk ini dibuat halus sehingga anda tidak akan percaya selagi tidak melihatnya sendiri. Contohnya, kulit ikan pari memerlukan tempoh empat jam untuk proses gilap yang sangat teliti menggunakan tangan dan hanya dua unit saja dihasilkan dalam sehari. Produk masterpiece ini dibangunkan dibawah hasil tangan dan skil En. Takuya Okamoto iaitu seorang Meister di Jepun. Meister GRAMAS® mensasarkan untuk memberikan pemiliknya kebanggaan memiliki produk premium.
Kasing dan skrin pelindung iPhone 6 and 6 Plus GRAMAS® kini boleh didapati di Machines, MacStudio, Switch & Charlie Concept Stores di Malaysia dengan harga bermula daripada RM60.
Layari http://www.gramas.jp/ untuk maklumat lanjut.