Siapa yang tidak ingin cantik bak selebriti Korea Selatan yang sinonim dengan kulit putih,bersih dan berseri. Baru-baru ini penulis berkesempatan untuk mencuba produk terkini dari Laneige ( Korea Selatan ) iaitu Laneige Clear C Advanced Effector. Ia merupakan booster kulit yang mengandungi 30% Ekstrak Acerola Cherry yang merupakan sumber terkaya Vitamin C. Vitamin C yang sinonim dengan bahan anti-oksidan boleh meremajakan kulit dan memutihkan kulit wajah serta memberikan tona yang sekata.
Kelebihannya juga adalah berfungsi menyusun keratin dan membersihkan kulit dengan nutrien yang diserap dengan sempurna. Kepekatan tinggi Ekstrak Acerola Cherry juga menghalang pembentukan keratin untuk mengekalkan rasa bersih, jernih dan kesegaran kulit yang berpanjangan.
Dengan ekstrak Superberry seperti Acerola dan Acai Berry, iai memberi kesan sehingga 4 kali lebih efek anti penuaan berbanding Vitamin C biasa dan juga 3 kali efek pemutihan yang lebih berkesan. Menarik bukan? Ia juga mempunyai Silicum Capture Technology yang menggunakan model Hunza Water di Pakistan. Apa yang menariknya, air ini mempunyai bahan Colloidal Silica yang mampu meremajakan kulit dan mempunyai bahan anti oksida yang tinggi.
Cara pemakaian
Pagi : Gunakan bersama kapas berpaten khas dari Laneige yang mempunyai tekstur kusyen yang memberikan kesegaran pada wajah. Picitkan 3 pam pada kapas dan sapukan pada wajah ke atas dan kebawah.
Malam : gunakan bersama kapas dengan permukaan lebih lembut ( terbalik dengan tekstur berpaten ) untuk memberikan kesan kelembapan pada wajah. Kemudian anda boleh urutkan wajah anda dengan jari anda supaya ianya dapat diserap kulit dengan sempurna.
Tips
- Gabungkan Clear C Advanced Effector dengan White Plus Renew Original Essence untuk mendapat kesan pemutihan sehingga 3.45 kali ganda.
- Untuk kesan kulit lembap berpanjangan, gabungkan dengan Water Bank Essence_EX bersama Water Bank Moisture Cream_EX atau Water Bank Gel Cream_EX.
- Untuk kesan maksimum, gabungkan produk ini dengan Skin Refiner, Balancing Emultion, Water Bank Essence_EX dan Water Bank Moisture Cream_EX atau Water Bank Gel Cream_EX.
Harga
Laneige Clear C Advanced Effector boleh didapati pada harga RM145 untuk 150ml dan akan mula dijual di semua kiosk kecantikan Laneige pada bulan Januari 2015!
Untuk maklumat lanjut, layari www.laneige.com atau www.laneige.com.my ataupun Facebook Laneige Malaysia.