DailyBuzz melaporkan bermula 1 Januari 2015, restoran makanan segera terkenal seluruh dunia, McDonald’s dikhabarkan bakal menghentikan penjualan kepada pelanggan yang mempunyai berat badan berlebihan.
Pelaksanaan yang dikira agak bias ini dikatakan bertujuan menyedarkan pengguna yang mengalami masalah obesiti, walaubagaimanapun ianya hanya berkuat kuasa di Amerika Syarikat terlebih dahulu.
Difahamkan, kadar obesiti di Amerika Syarikat meningkat dua kali ganda sejak dua dekad lalu dan ia menjadi masalah kesihatan yang makin serius kerana lebih dua pertiga daripada penduduknya mengalami tersebut.
Menurut laporan, mulai 1 Januari 2015 pihak McDonald’s tidak lagi melayan pelanggan yang mempunyai berat lebih daripada 77kg untuk wanita dan 111kg untuk lelaki. Walaubagaimanapun, sukatan bagi kanak-kanak adalah berbeza kerana ia bergantung kepada umur dan ketinggian.
Pihak McD dikatakan akan melaksanakan sistem penimbang, di mana setiap pelanggan harus berdiri di atasnya semasa memesan makanan. Untuk pandu lalu boleh menjadi sedikit lebih sukar untuk dikuatkuasa. Walaubagaimanapun, jika individu kelihatan melebihi sekatan berat badan, McDonald’s akan menolak perkhidmatan mereka.
MynewsHub