Anda peminat alat solek? Jika jawapannya ya, mesti anda sudah biasa dengar jenama alat solek terkenal iaitu Collection Cosmetics. Tidak dapat disangkal lagi bahawa mekap dan fesyen sering bergerak selari. Fashionista selalunya melengkapi pakaian, #OOTD (outfit of the day) atau #LOTD (Look of the Day) mereka dengan mekap yang sepadan untuk menyerlahkan personaliti individu masing-masing. Collection Cosmetics, jenama dari UK, mahukan daripada peminat Facebook Malaysia; iaitu menampilkan personaliti mereka dalam peraduan LookBook yang berlangsung dari 24hb September 2014 hingga 22hb Oktober 2014 tahun ini. Peraduan tersebut kini lengkap dengan kemunculan koleksi gaya yang menampilkan duta jenama, Nelydia Senrose, serta empat orang pemenang fashionista.
Pemenang peraduan LookBook ini adalah, Shazleen binti Abdul Jabar (Minggu 1: Candy Crush), Erra Afifa Binti Ali (Minggu 2: Gorgeously Sweet), Amelia Chiang Kar Mun (Minggu 3: Glamour Glitz) dan Moo Ee Fern (Minggu 4: Rocker Chic) yang hadir dengan pakaian bergaya untuk majlis istimewa ini, yang seterusnya menyerlahkan bakat fesyen mereka.
Sempena pelancaran Collection LookBook, dua produk baharu Collection Cosmetics diperkenalkan.
Kini, anda boleh melengkapi penampilan sempurna anda dengan Work the Colour Eyebrow Kit (RM33.90) dan Urbanista Lip Crayon (RM24.90). Lebih baik lagi – cuba kesemua tema yang disebutkan di atas dengan produk mekap yang mesti dimiliki! Collection Cosmetics mempunyai kepakaran 29 tahun dalam dunia solekan dan mekap. Dilancarkan di Malaysia pada April 2014, Collection Cosmetics menawarkan produk berkualiti berinspirasikan warna, direka khas untuk wanita muda bergaya yang mahukan penampilan kreatif. Dengan trend terkini pada harga yang tiada tandingnya, wanita di seluruh dunia kini boleh ‘Own It, Work It, Love It’ dengan mudah.
Work the Colour Eyebrow Kit, Urbanista Lip Crayon dan produk-produk Colletion boleh didapati di kedai terpilih Watsons dan kedai F block di Sunway Giza Mall, Setia Walk Puchong, Fahrenheit 88, Cheras Leisure Mall, Bandar Baru Sri Petaling, Kuchai Lama, dan Bangsar Baru.
Untuk maklumat lanjut tentang Collection Cosmetics Malaysia, ikuti perkembangan terkini di www.collectioncosmetics.com.my, www.facebook.com/CollectionCosmeticsMY atau www.instagram.com/collectionmalaysia.