Info Menarik, Pilihan, Travel

[TERKINI] Bawa Kenderaan Sendiri ke Langkawi Menaiki Feri Baharu Jeti Kuala Perlis

/
Mulan x Nocturnal
[TERKINI] Bawa Kenderaan Sendiri ke Langkawi Menaiki Feri Baharu Jeti Kuala Perlis

Feri Langkawi Auto Express Sdn Bhd adalah kenderaan feri baharu yang telah memulakan operasinya Disember 2014 baru-baru ini, di Jeti Kuala Perlis.

Daaaaaaaaann berita gembira buat anda semua! Kini anda boleh menaiki feri tersebut bersama kenderaan anda sendiri! Bestnya! Itu bermakna, selepas ini anda tidak perlu lagi bersusah-payah mencari kereta sewa di Langkawi. Boleh makan angin, bersiar-siar seluruh Langkawi dengan selesa menggunakan kenderaan sendiri.

1512439_749050441809215_3338674156428560983_n 64277_748758988505027_257701277582720117_n 10846303_748759045171688_5122776088085832012_n 1450335_747370301977229_2002670286906637609_n 10712992_741634715884121_1386334684630547805_n

Senarai Harga Tambang

Penumpang:

Dewasa 1 Hala RM18 – 2 Hala RM36
Kanak-Kanak/Warga Emas/OKU 1 Hala RM13 – 2 Hala RM26
Bayi 1 Hala RM7 – 2 Hala RM14

Jenis Kenderaan:

Sedan
1500CC Kebawah 1 Hala RM150 – 2 Hala RM260
2000CC Kebawah 1 Hala RM200 – 2 Hala RM350
3000CC Kebawah 1 Hala RM250 – 2 Hala RM450
3001CC Keatas 1 Hala RM300 – 2 Hala RM550

SUV, MPV, Pick Up, Van Dan 4X4
2000CC Kebawah 1 Hala RM300 – 2 Hala RM550
3000CC Kebawah 1 Hala RM350 – 2 Hala RM650
3001CC Keatas 1 Hala RM400 – 2 Hala RM750

Motosikal
125CC Kebawah 1 Hala RM60 – 2 Hala RM100
250CC Kebawah 1 Hala RM100 – 2 Hala RM180
251CC Keatas 1 Hala RM150 – 2 Hala RM280

Basikal
1 Hala RM40
2 Hala RM70

*Senarai harga berikut adalah berdasarkan senarai di laman web Langkawi Auto Express.

  1. kalau nak pergi lebih 4 hari elok la…kalau tak,baik sewa kereta di langkawi je..lagi jimat kot. kecuali yg pakai kereta mewah, itu tak boleh nak kata apa la..

  2. mahai blk lurr..sewa keta satu hari bru xsmpai 200..ni kalau bwk keta penginpan soping xkira lagi huhu..maw beribu kena bawak..kalau p sewa sana xsmpai pun 500 bajet hahaha

Leave a Reply
Your email address will not be published. *