Bagi yang teringin merasai Dim Sum, tapi takut akan status halalnya, jangan risau, kini anda boleh menikmati makanan tersebut di satu restoran yang menyajikan Bufet Dim Sum halal! Meisan Szechuan Restaurant yang bertempat di Quality Hotel, Jalan Raja Laut menyediakan pelbagai jenis Dim Sum yang enak dan sudah pasti sesuai dimakan oleh orang Islam yang meminati masakan Cina.
Dim Sum yang berasal dari Kantonis adalah makanan yang disediakan dalam bahagian yang kecil – biasanya dikukus – dan dihidangkan di dalam bakul pengukus buluh. Di Meisan Szechuan Restaurant, bekas Dim Sum diletakkan berhampiran meja bufet dan pelanggan akan layan diri mengambil Dim Sum tersebut.
Untuk pengenalan kepada Dim Sum yang tidak menjejaskan dompet anda, Meisan Szechuan Restaurant adalah pilihan yang terbaik. Walaupun variasinya tidak lah sebanyak Dim Sum yang tidak halal yang ada di tempat lain, namun hidangan Dim Sum halal ini mampu membuatkan anda terliur.
Harga: Dewasa – RM41.50 ++ per pax dan hanya RM30 ++ untuk kanak-kanak di atas 3 tahun.
Hidangan yang disyorkan: Vegetable dumpling, char siew pau, bean curd skin with crab stick and tofu, shrimp dumpling, chee chong fun.
Sumber: Hungry Go Where Malaysia