Projek Iqra’ merupakan salah satu organisasi tanpa keuntungan ( NGO ) yang telah bertapak selama beberapa tahun di Malaysia. Usaha mereka sebenarnya banyak tertumpu kepada aktiviti pembelajaran anak-anak yang tidak bernasib baik di Malaysia. Visi mereka pula adalah untuk memantapkan tahap pendidikan dan kebajikan kanak-kanak dan remaja di rumah kebajikan (anak yatim, miskin dan asnaf) serta keluarga yang kurang berkemampuan.
Antara program-program yang dijalankan oleh Projek Iqra’ ialah: (Klik pada nama projek dibawah untuk info lanjut)
Program utama mereka adalah Kelas Rakyat
Kelas Rakyat diadakan di Rumah Attaqwa Putra Perdana Puchong, Baitul Ehsan Batu Caves dan Casa Harapan, Kuantan yang diadakan pada setiap minggu selama 3 jam. Sukarelawan juga digalakkan untuk hadir selama 3jam setiap minggu untuk membantu mendidik anak-anak ini dalam latihan menggunakan modul yang disediakan. Mereka akan menyiapkan kerja sekolah dahulu dan kemudian akan membuat latihan Matematik dan Bahasa Inggeris.
Di dalam program ini, sukarelawan akan diberi 2 atau 3 orang adik untuk dijaga. Setiap minggu pengumuman akan dikeluarkan di Facebook Projek Iqra’ pada hari Selasa samada kelas akan diadakan atau dibatalkan (jika rumah ada program lain atau pelajar ada sekolah ganti)
Jadi, jika anda ingin menyertai sebagai sukarelawan Kelas Rakyat di Casa Harapan, Kuantan sila hubungi Koordinator Fais Taib di 012 3012307 untuk mendapatkan info lanjut seperti alamat lokasi dan mendaftarkan nama anda.
Kempen RM5.00
Sekiranya anda merasakan apa yang Projek Iqra’ lakukan adalah wajar dan harus diteruskan, maka sokongan anda diperlukan untuk sama-sama memastikan program-program yang telah dirancang dapat disalurkan manfaatnya kepada golongan sasar iaitu anak-anak yatim, miskin dan asnaf yang terlibat.
Dengan itu, pihak pengurusan Projek Iqra’ membuka peluang kepada orang ramai untuk menaja kos mengurus persatuan seperti sewa pejabat, bil-bil utiliti, dan lain-lain. Memandangkan Persatuan belum lagi mempunyai pendapatan tetap untuk mengurus persatuan, KEMPEN RM 5.00 ini dilancarkan untuk membantu mereka meringankan kos tadbir urus untuk menjalankan program dan aktiviti setiap bulan.
Anda boleh menyalurkan derma di sini —> KLIK SINI