Kalau nak berjaya kenalah berusaha. Lelaki dari China yang dikenali sebagai ‘Snail Man’ ini nampaknya gigih berusaha apabila dia sanggup mengangkat rumahnya di belakang badannya sendiri semata-mata untuk mencari sesuap nasi. Liu yang berumur 39 tahun tinggal di Liuzhou dan berjalan selama 3 hari untuk bekerja di Guanxi untuk mengutip sampah dan barangan terbuang. Bagi Liu, dia beruntung kerana tidak perlu membayar rumah sewa ataupun rumah tumpangan apabila bekerja di bandar. Dia juga boleh menjadikan rumahnya itu lebih kecil jika hendak membawanya ke mana-mana.
Liu telah hilang pekerjaan selepas bapanya meninggal dan isterinya telah meninggalkannya kerana tidak tahan bersamanya, dan selepas itu dia nekad untuk mencari pekerjaan lain yang membolehkan dia tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk tempat tinggal dan pengangkutan.
Dia juga telah menghias rumahnya dengan bunga plastik berwarna-warni, jadi ia tidak akan kelihatan kekok apabila dia bermalam di kawasan kejiranan mewah semasa bekerja. Dia juga mendapat sedikit wang apabila pelancong ingin mengambil gambar bersama rumah uniknya!