Sejak zaman dahulu kala, logam mempunyai nilai tertinggi. Ia merupakan bahan paling berharga dan amat dicari untuk sistem mata wang, barang kemas, dan seni lain sebelum zaman pra-sejarah.
Emas. Mula ditemui ribuan tahun dahulu sebagai bahan yang bersinar dan bergemerlapan.
Manusia hampir meletakkan nilai yang tinggi pada emas selari dengan kuasa, kecantikan dan budaya masyarakat elit. Sementara kebanyakan logam tulen lain berwarna kelabu atau putih perak, emas berwarna kuning. Emas mudah dicairkan dan dibentuk walaupun ia me
rupakan logam yang terpadat berbanding logam berharga lain. Emas simbolik dengan kilauan cahaya dan tidak akan terjejas dek faktor kimia seperti air mahupun kelembapan.
Emas digunakan dalam industri barang kemas, kimia, elektronik dan fesyen. Ia juga digunakan dalam perubatan sejak dahulu kala selain dalam makanan dan minuman. Dan hari ini, emas digunakan secara meluas untuk kecantikan wanita… Emas dan kecantikan bergerak seiring. Apakah cara terbaik untuk mendapatkan layanan bak puteri jika bukan menikmati produk yang mempunyai kandungan emas sebenar di dalamnya?
Manfaat anti-penuaan emas terbukti sejak 5,000 tahun dahulu sejak zaman pemerintahan Cleopatra yang dikatakan tidur bersama topeng wajah emas demi memelihara kemulusan kulit beliau. Bukan itu sahaja, penggunaan topeng tersebut juga memulihara kecantikan semulajadi yang ada padanya.
Bersempena dengan musim cuti ini, SimplySiti memperkenalkan… THE GOLD COLLECTION SimplySiti La Collection D’Or.
Koleksi kosmetik mewah SimplySiti untuk kepuasan mutlak. Reka bentuk moden dan seksi dengan kemasan kilauan emas dan hitam unggul untuk pesona glamor. Koleksi terbaru ini diformulasi dengan pigmen kilauan cahaya agar solekan tampak sempurna dan berseri bak puteri. Belai diri dengan kemewahan warna serta sentuhan serbuk emas untuk menaikkan seri wajah.
Koleksi kosmetik yang perlu ada abad ini dan dicipta khas untuk mereka yang bergelar wanita!
Syurga Emas. Edisi Terhad.
Inovasi formula terulung dengan:
• Pigmen terbaik agar warna kekal
• Anti-penuaan, manfaat hidrasi Vitamin E untuk mengurangkan cela
• Pigmen kilauan cahaya bagi meningkatkan seri wajah
• Elemen bersinar untuk kilauan sempurna
Inovasi pigmen kilauan cahaya dalam rangkaian ini (kecuali Liquid Lipstick) mencerminkan kesempurnaan agar kulit wajah tampak berseri dan bercahaya. Ditambah pula dengan serbuk mutiara emas untuk kemasan halus, sihat dan bergemerlapan.
Produk:
Two Way Cake Baharu direka khas mengandungi butiran serbuk mutiara emas untuk menganjalkan kulit dan menaikkan seri wajah agar tampil sihat dan berseri. Diformulasi dengan agen penyerap minyak untuk pemakaian lebih lama. Mengandungi pigmen halus untuk impak lembut dan mulus, kemasan matte dan pigmen kilauan cahaya agar wajah kelihatan berseri.
Dwi-cara, berus pada wajah untuk kemasan semulajadi atau span untuk gilapan licin dan berkilauan. Perlindungan tambahan dari sinaran UVB dengan faktor perlindungan matahari.
• Kilauan & Kemulusan Optima. Litupan Sempurna. Ringan. SPF 30
• Formulasi tanpa Paraben, SD Alkohol, Mineral Oils, Lanolin, SLES/SLS dan Sumber Haiwan
Liquid Lipstick Baharu dengan tekstur lembut dan sapuan lancar. Beralih kepada kemasanmatte selepas diaplikasi agar pemakaian tahan lama. Diperkaya dengan ekstrak Shea Butter untuk menghidrat dan melembapkan bibir.
• Tahan Lama. Kemasan Matte Halus. Menghidrat dan Melembapkan.
• Formulasi tanpa Pewangi, SD Alkohol, Mineral Oils, Lanolin, SLES/SLS dan Sumber Haiwan
Dilancarkan dengan 3 produk kegemaran ramai dalam formula asli sebagai pelengkap koleksi:
4 Eye Color dengan serbuk mutiara emas untuk kemasan sihat dan berseri. Mengandungi pantulan cahaya kristal dari Glittering Pigment agar mata tampak bersinar. Lembut dan diperkaya dengan bahan terbaik dan berkualiti agar warna mata kelihatan lebih memukau, menyerlah dan tahan lama.
• Impak Sinaran. Warna Memukau dan Glamor. Lembut dan Mudah diaplikasi.
• Formulasi tanpa Paraben, Pewangi, SD Alkohol, Lanolin, SLES/SLS dan Sumber Haiwan
Shading Blusher dengan dua tona warna untuk penganjalan dan sesuai bagi mencantikkan, membentuk dan membayangi wajah. Mengandungi pantulan cahaya kristal dari Pearlescent Pigment agar wajah kelihatan bersinar dan bercahaya. Lembut dan diperkaya dengan bahan terbaik dan berkualiti agar warna lebih memukau dan tahan lama.
• Mencantikkan, Membentuk dan Membayangi Wajah. Impak Mutiara. Warna Tahan Lama.
• Diformulasi tanpa Paraben, Pewangi, SD Alkohol, Lanolin, SLES/SLS dan Sumber Haiwan
Lipstick mesra kulit, dengan minyak emollient, Vitamin E dan pelindung UV untuk bibir sihat. Meluncur sempurna agar bibir tampak lembut. Kemasan matte tanpa kesan kering.
• Tekstur Lembut dan Licin. Kemasan Matte Semulajadi. Melembap dan Menghidrat.
• Diformulasi tanpa Paraben, Pewangi, SD Alkohol, Mineral Oils, Lanolin, SLES/SLS dan sumber Haiwan
Pembungkusan:
Koleksi terbaru Gold Collection menampilkan pembungkusan baharu dan mewah seperti emas. Ia juga lebih moden dengan kemasan kilauan emas dan hitam unggul serta reka bentuk 3D agar tampak berprestij.
Koleksi Lengkap:
- Baharu! Two Way Cake Light Beige, Natural Beige RM62.90
- Baharu! Liquid Lipstick Plum, Berry, Caramel RM32.90
- 4 Eye Color LCE 01 RM49.90
- Shading Blusher LCB 01 RM47.90
- Lipstick LC 21 RM33.90
- La Collection D’Or boleh didapati secara eksklusif di Watsons seluruh Malaysia bermula 3 November 2014.