Kemerahan selepas bercukur adalah masalah yang sering berlaku namun begitu tidak ramai yang mengambil kisah. Meskipun sejumlah lelaki mengalami kemerahan, kebanyakan mereka mendakwa berpuas hati dengan kaedah cukuran mereka. Ini menyebabkan ramai lelaki dan pasangan mereka yakin bahawa masalah ini adalah sesuatu yang pasti berlaku hasil daripada cukuran yang rapat.
Hari ini, Gillette menyeru golongan lelaki untuk mengatakan tidak kepada kemerahan selepas cukuran dengan menggunakan pisau cukur yang diuji untuk mendapatkan SIFAR KEMERAHAN. Untuk menguatkan dakwaan ini, Gillette menjanjikan WANG ANDA AKAN DIKEMBALIKAN kepada mana-mana pengguna yang tidak berpuas hati dengan prestasi Gillette MACH3!
Cabaran Gillette “Close Shave. Zero Redness” yang dilancarkan hariini bertujuan mendidik golongan lelaki bahawa kemerahan selepas bercukur bukanlah sesuatu yang tidak boleh dielakkan akibat cukuran yang rapat dan ia boleh dielak menggunakan pisau cukur yang betul.
Pelancaran Cabaran “Close Shave. Zero Redness”
Pelancaran Cabaran “Close Shave. Zero Redness” yang penuh gilang-gemilang telahdianjurkan oleh Gillette dan disokong oleh Guardian Malaysia. Penyampai radio hitzfm, Ean telah menjadi hos pada majlis tersebut dengan artis jemputan Fahrin Ahmad dan Fizz Fairuz yang turut serta menyertai cabaran Gillette di atas pentas.
Kedua-dua mereka dikehendaki mencukur sebahagian daripada muka mereka menggunakan pisau cukur pakai buang Gillette manakala sebahagian lagi menggunakan Gillette MACH3. Selepas demonstrasi itu, Fahrin dan Fizz bersependapat bahawa dengan pisau cukur pakai buang, mereka perlu mencukur beberapa kali pada tempat yang sama dan merasai kerengsaan pada kulit serta merta. Namun, dengan Gillette MACH3, cukuran mereka amat licin.
Mata pisau pada Gillette MACH3 telah direka untuk mengurangkan tekanan pada kulit dan menghasilkan cukuran yang licin dan rapat dengan satu cukuran, mengurangkan kerengsaan kulit dan kemerahan.Gillette MACH3 menggabungkan teknologi yang member cukuran yang rapat dan selesa.
- Gillette MACH3 Standard ialah pisau cukur yang member cukuran yang rapat dan menjamin sifar kemerahan. Mata pisau nano yang nipis telah diuji untuk berada rapat dengan kulit untuk menghasilkan cukuran yang rapat. Mata pisaunya dipadankan dengan spring berasingan untuk bergerak pada kadar berbeza untuk setiap cukuran dan kulit. Kepala pisau cukur yang boleh berputar pada satu paksi memastikan mata pisau bergerakdengan licin pada permukaan kulit.Kesemua ciri-ciri ini membantu mengurangkan tekanan pada kulit bagi memastikan cukuran yang rapat dengan sifar kemerahan.
- Gillette Mach 3 Turbo menggabungkan teknologi MACH3 dengan tambahan pelindung kulit ultra lembut dan sistem pelincir yang dipatenkan bagi memberi cukuran yang licin, rapat dan tanpa kemerahan.
- Gillette Mach 3 Sensitive menampilkan teknologi canggih tiga mata pisau yang digabungkan dengan jalur pelincir Lubastrip (Turbo) dengan aloe vera yang memberi lebih pelinciran untuk cukuran yang kurang kerengsaan walaupun pada kawasan sensitif di muka.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Cabaran Gillette “Zero Redness” serta syarat dan terma berhubung Jaminan Wang Dikembalikan, layari www.facebook.com/GilletteMalaysia atau hubungi 1 800 883 957.
Kredit gambar: junipersjournal.com