Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU) anjuran Perbadanan Putrajaya akan berlangsung sepanjang 3 malam berturut-turut bermula 12 Disember sehingga 14 Disember 2014 ini.
Festival ini bakal persembahkan kepada anda kesenian pencahayaan kreatif, interaktif dan penuh warna-warni pada fasad-fasad bangunan, struktur dan kawasan sekitar Presint 3, Putrajaya.
Pelbagai aktiviti menarik dan menghiburkan akan dapat anda saksikan seperti pertandingan fotografi dan video, IT Mini Fair, Car Light Show, Night Fun Ride, Electric Power Boat demo, Buskers dan banyak lagi.
Jom ke sana!
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari:
Laman Rasmi: Perbadanan Putrajaya
Facebook: Facebook Perbadanan Putrajaya
Sumber: http://www.syahrulzaman.com/