Anda semua ingin tahu kerjaya apa yang paling mudah dan tidak membebankan, tapi anda akan dibayar dengan wang yang lumayan?
Jika anda mempunyai stamina untuk berbaring di tempat tidur selama 70 hari berturut-turut, dan seorang yang sangat malas untuk bergerak turun daripada katil anda, NASA akan membayar anda $ 18,000 — INI BENAR!
Ia dipanggil “Bed Rest Study – The Exercise Study (CFT 70).”
Mereka berkata kajian itu direka untuk meminimumkan kehilangan fungsi otot, tulang dan kardiovaskular melalui senaman aerobik berintensiti tinggi pada hari berselang-seli, dengan senaman aerobik yang berterusan setiap hari.
Berikut adalah penerangan penuh. Mereka menulis:
Kajian ini akan menunjukkan badan anda, dicondongkan ke bawah sedikit dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas, untuk 70 hari, 24 jam sehari, tanpa bangun dari katil, kecuali untuk masa yang terhad untuk ujian tertentu — seperti badan angkasawan semasa penerbangan angkasa lepas tanpa berat. Dengan memantau keadaan anda, akan membantu ahli-ahli sains memahami bagaimana badan angkasawan itu akan berubah semasa penerbangan angkasa lepas tanpa berat pada masa akan datang.
Semasa off time, anda boleh bermain telefon anda, membaca buku, skype, mengambil kelas dalam talian, atau apa-apa sahaja yang anda mahu — selagi anda tidak berdiri, hanya boleh baring sahaja!
Selepas fasa ujian, anda akan mempunyai beberapa minggu hari pemulihan di mana ahli-ahli sains mengkaji bagaimana badan anda menyesuaikan diri untuk berada di luar katil. Mereka membayar $ 1,200 seminggu untuk tempoh ujian – biasanya untuk 15 minggu! Wow! Bestnya macam tu.
Roni Cromwell, saintis kanan kajian itu, menjelaskan “Kami juga meminta mereka (subjek kajian) untuk melakukan tugas-tugas yang angkasawan akan lakukan apabila mereka mendarat pada permukaan planet — mensimulasikan keluar daripada kenderaan, menggerakkan muatan berat pada jarak yang dekat. Ini memberikan kami idea tentang keupayaan kerja mereka.”
Sukarelawan sebelumnya, dan kini kontraktor NASA, Heather Archuletta, berkata “Hari ini saya bangun selepas berada di katil selama 54 hari (kajian itu dipendekkan oleh Hurricane Ike), kaki saya sakit seperti berjalan buat pertama kali! Tetapi, saya mengingatkan diri saya, ini juga adalah apa yang dilalui oleh angkasawan.”
Menarik, bukan? Dengan kerja yang mudah, hanya perlu berada di atas katil dan menerima bayaran yang boleh dikatakan lumayan. Berminat, boleh cuba mohon di: NASA Bed Rest Study.
Sumber: NASA & Business Insider