Restoran Amerika-Itali yang popular, Italiannies telah membuka cawangan terbaru mereka di Pavilion KL Shopping Mall yang bertempat di aras 6.
Italiannies menyambut sepuluh tahun kejayaan sejak membuka restoran pertamanya. Sejak beberapa tahun lalu, restoran yang popular ini telah mengalami pertumbuhan yang memberangsangkan dan kejayaan yang besar, dengan lima cawangan di pusat membeli-belah utama di Lembah Klang dan sebuah lagi cawangan di Pulau Pinang. Sebagai penambahan kepada kejayan itu, Italiannies juga akan memulakan cawangan barunya di Alamanda Shopping Mall di Putrajaya pada akhir tahun ini.
Cawangan terbaru di Pavilion KL, yang terletak di tingkat enam mempunyai gabungan harmoni tempat makan yang moden dengan unsur-unsur keindahan Itali. Ini dapat dilihat melalui penggunaan warna pastel lembut pada dinding batanya, dihiasi dengan gambar-gambar bertona sepia keluarga Itali dan struktur bersejarah yang terkemuka, dan perabot moden kontemporari di ruang makan. Sebagai tambahan kepada suasana yang selesa dan elegan, adalah cahaya lampu emas, dan ditambah dengan latar belakang bunyi muzik yang lembut dan sedap didengar.
Di Italiannies, pengunjung boleh memulakan hidangan dengan pelbagai pilihan pembuka selera popular seperti Stuffed Mushrooms – kepala cendawan yang dipanggang, disumbat dengan sosej ayam Itali, bayam, herba segar dan tiga jenis keju Itali.
Pengunjung juga boleh menikmati aneka salad yang enak yang antaranya adalah Calamari Caesar – salad klasik yang didatangkan dengan cendawan butang, buah zaitun, capsicum dan calamari (sotong) goreng.
Bagi penggemar pasta, seperti penulis, anda boleh menikmati pelbagai pilihan pasta yang sedap di Italiannies seperti Classic Carbonara, Angel Hair Pomodoro dan pelbagai lagi. Tapi, penulis ingin kongsikan satu pasta mereka yang unik iaitu Spaghetti & Meatballs – spaghetti bersama sos Marinara dihidangkan bersama bebola daging lembu buatan sendiri yang besar! Ini betul-betul sedap dan memenuhi citarasa penggemar pasta dan spaghetti.
Tidak sah rasanya jika restoran Itali tidak menghidangkan makanan utama Itali iaitu pizza. Disini, penulis juga ingin tunjukkan 2 jenis pizza yang paling banyak diorder oleh pelanggan iaitu Barbecue Smoked Duck dan Napoli Bianco. Barbecue Smoked Duck dibuat dengan menggunakan rustic dough yang menggabungkan tepung semolina dan farina, memberikan doh yang lebih garing dan bentuk yang unik.
Pizza Napoli Bianco pula dibuat daripada traditional dough daripada resepi klasik Italiannies dengan tepung roti kualiti premium. Doh dibiarkan selama 3 jam dan mempunyai tekstur yang lembut dan gebu.
Menu utama yang lain yang boleh anda cuba adalah Barramundi with Parsley Pesto – fillet Barramundi yang digoreng dihidangkan bersama kentang, parsley pesto dan sayuran.
Minuman di Italiannies mempunyai variasi yang pelbagai. Namun, minuman yang menjadi kesukaan pelanggan di sini adalah Fresh Smoothies – terdiri daripada Watermelon Honeydew, Pineapple Mango dan Banana Strawberry Smoothies yang sangat unik dan menyenangkan tekak anda.
Tidak lengkap rasanya jika tiada pencuci mulut, bukan? Di Italiannies, anda boleh cuba Crème Brulee – custard vanilla bersama gula caramelized yang rangup. Sangat sedap dan sesuai untuk melengkapkan santapan anda di Italiannies.
Untuk meraikan Krismas yang hampir tiba, Italiannies memperkenal hidangan Krismas baru, yang boleh didapati pada 24, 25, dan 31 Disember. Dengan bahan-bahan yang diselitkan dengan rempah yang melambangkan rasa musim perayaan seperti buah pala, bunga cengkih, kayu manis dan halia, Italiannies akan menawarkan 3 hidangan makanan istimewa, bermula daripada RM45.90 ++ seperti gambar menu dibawah.
Dengan hiasan yang tenang dan kontemporari dan konsep dapur separa terbuka, Italiannies adalah tempat yang sempurna untuk mereka yang mencari persekitaran yang elegan namun santai, untuk menenggelamkan diri dalam budaya Itali dan menikmati masakan Itali yang lazat, dan juga untuk berkongsi pengalaman indah bersama yang tersayang.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Italiannies.