Terkenal kerana lakonannya dalam siri TV ‘Boys Over Flowers’ dan ‘Inheritors’, Lee Min-Ho yang juga duta produk kecantikan Innisfree akan turun ke Malaysia sempena pelancaran produk kecantikan Korea tersebut di Malaysia. Teruja bukan? Tetapi di mana?
Terima kasih kepada Innisfree, superstar Korea akan kembali ke Malaysia sekali lagi untuk bertemu & sesi bersalaman dengan peminatnya di Sunway Pyramid Shopping Mall pada 5 Disember ini.
Apa yang menarik lagi ialah, dari 5 Disember dan seterusnya, peminat Malaysia yang membelanjakan RM300 dan ke atas di Innisfree Sunway Pyramid akan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik serta berpeluang memenangi pas Lee Min Ho Meet & Greet. Antara hadiahnya ialah Limited Edition Eco Launching Bag, Inni Rang sticker, Green Tea Balancing Kit, dan Lee Min Ho Photo Book. Walau bagaimanapun, pas hanya terhad kepada 100 peminat bertuah.
Pembelian mesti dilakukan dalam satu resit sahaja dan semua hadiah adalah tertakluk kepada ketersediaan, siapa cepat dia dapat.