Makanan, Pilihan, Resipi

[ Resepi ] Mari Belajar Buat Kuih Tradisional, Kuih Puteri Ayu

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
[ Resepi ] Mari Belajar Buat Kuih Tradisional, Kuih Puteri Ayu

7313237234_703eb5f9e5_z

Mungkin ada di antara kita yang mengetahui kuih ini tetapi tidak tahu namanya. Okaylah, hari ni Wanista nak tunjukkan cara buat kuih yang sangat comel bentuknya, Kuih Puteri Ayu… Selamat mencuba semua!

Bahan A:

1 biji kelapa parut putih
sedikit garam
1 sudu besar tepung sagu/ubi

Bahan B:
3 cawan tepung gandum (ayak)
1 sudu besar ovellette
2 cawan gula pasir
4 biji telur gred A
2 cawan santan pekat
sedikit pewarna hijau & perisa pandan

Cara membuatnya:

BACA  Doktor Sokong Orang Afrika Makan Tanah Liat Elak Kebulur, Lihat Kenapa...

1. Gaulkan kesemua bahan A (kelapa+garam+tepung sagu)- ketepikan

2. Pukul telur dengan gula hingga kembang. Gunakan kelajuan tinggi. Masukkan ovellette, pewarna hijau, perisa pandan dan tepung gandum. Gaul guna senduk.

3. Masukkan santan pekat dan gaul hingga sebati. Panaskan pengukus.

4. Susun acuan dalam pengukus, sapu acuan dengan majerin/minyak (supaya tak melekat).

5. Isi acuan dengan kelapa putih (jangan terlalu sedikit).Tekan padat menggunakan hujung jari. (kukus 2 min)

6. Isikan adunan kuih. Kukus lagi selama 10 minit.

7. Apabila masak, keluarkan dr acuan. Sedia untuk dimakan. 

Sumber : Resepi Kuih Muih Melayu

BACA  Henti Makan ‘Fast Food’ Untuk 7 Hari, Badan Akan Jadi…
Leave a Reply
Your email address will not be published. *