Wah, nampaknya makin giat syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia iaitu Air Asia pempelbagaikan promosi untuk memberikan harga tambang penerbangan terbaik kepada pelanggan. Baru-baru ini, Air Asia melancarkan rekaan luaran pesawat yang memaparkan warna LINE dan karekter seperti Brown, James, Cony, Leonard, Sally, Boss, Jessica dan Edward di sidang media yang menarik hari ini.
Tidak seperti rekaan luaran pesawat yang lain, dalaman pesawat LINE turut dihiasi karekter LINE. Pesawat Airbus A320 ini akan mengoperasi laluan AirAsia dari rantau ini yang merangkumi 22 negara.
Promosi #AirAsiaLINE
Dalam menyambut rekaan luaran pesawat LINE, AirAsia akan menawarkan semua pengguna dan rakan LINE & AirAsia LINE dengan promosi dengan harga serendah RM39 sehala ke destinasi-destinasi menarik seperti Nanning, Johor Bahru, Lombok, Siem Reap dan banyak lagi dari 21 – 23 November 2014, dengan tempoh perjalanan dari 5 Januari – 30 April 2015. Setiap tempahan yang dibuat semasa tempoh promo ini dengan 20kg bagasi akan diberi mata BIG berganda. Bagi mengakses promosi ini, para peminat perlu mengikut akaun rasmi AirAsia LINE (LINE ID: AirAsia).
Satu set pelekat yang ditaja #AirAsiaLINE akan boleh didapati untuk dimuat turun bermula dari 25 November 2014 bagi peminat AirAsia & LINE di Malaysia dan Singapura. Para peminat boleh menambah akaun rasmi AirAsia melalui bagi Malaysia (LINE ID: AirAsia), Singapura (LINE ID: AirAsiaSingapore) dan Thailand (LINE ID: AirAsiaThailand).
Bersempena dengan pengenalan set kedua AirAsia pada 25 November 2014, AirAsia akan memulakan peraduan sosial mediaLINE-Lookalike! Para peminat boleh menghantar penyertaan mereka yang menyerupai karekter LINE beraksi bersama dengan hashtag #AirAsiaLINE di Instagram dari 25th November – 7th December 2014. 50 gambar yang terbaik akan menerima sepasang patung karekter LINE. Para peserta dikehendaki mengikut akaun AirAsia dan muat turun pelekat LINE bagi menyertai peraduan ini.
Aplikasi LINE boleh dimuat turun bagi iphone dan peranti android, platform windows, Nokia Asha dan Blackberry.
Terus ikuti promosi dan aktiviti terkini AirAsia melalui Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).