Seperti semua sedia maklum, aktres terkenal Fasha Sandha telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang bernama Putri Raysha Jemaima. Baru-baru ini pula Fasha Sandha dan suami, Jejai telah melakukan satu sesi fotografi bersama bayi perempuan mereka yang comel itu.
Sesi fotografi tersebut dilaksanakan oleh studio Camora Arts. Sesi fotografi ini mengambil tema Princess of Earth seperti Mermaid Princess & Forest Princess.
Dalam Instagram baru baru ini, Fasha telah menjelaskan maksud di sebalik nama anaknya itu iaitu Putri bermaksud Puteri, Raysha maksudnya pemimpin dan Jemaima adalah nama salah seorang tiga anak Nabi Ayub yang paling cantik.
Berikut merupakan gambar yang dikongsikan oleh Camora Arts sekitar fotografi bersama Fasha Sandha sekeluarga untuk tatapan anda semua. Jom tengok!
Sumber: ROTIKAYA