Jovian Ready-To-Wear (RTW) akhirnya membuka kedai yang ke-empat di KLIA, Sepang, iaitu lapangan terbang antarabangsa di Malaysia baru-baru ini. Butik yang ke-empat ini adalah yang dinanti-nantikan oleh semua Jovianista. Dengan mengekalkan taraf rekaanya, JStore KLIA menawarkan pelbagai koleksi ready-to-wear, aksesori, kasut, tudung dan beg tangan dibawah jenama eksklusif ini. Kedai ini terletak di KLIA, dalam kawasan domestik balai ketibaan, Pagar A.
Kebanyakkan sudah tahu bahawa koleksi Jovian RTW ini direka khas bagi memenuhi citarasa orang ramai dengan rekaan yang penuh gaya dan moden dalam harga yang berpatutan.
“Membuka kedai di KLIA adalah impian dan cita-cita saya. Sekarang dengan JStore di KLIA, semua orang boleh menikmati membeli Jovian RTW walaupun pada saat-saat akhir sebelum anda terbang!” kata Jovian Mandagie, Ketua Pegawai Eksekutif/Designer
Hiasan kayu di kedai tersebut memberikan sentuhan kontemporari dan moden. Pakaian yang disusun di rak-rak disusun khas untuk keselesaan pembeli. Selain itu, pakaian juga ditempatkan secara strategik di samping aksesori untuk memberikan kemudahan kepada setiap pembeli. Dengan permintaan tinggi oleh orang ramai, koleksi Jovian RTW seperti Coco by Jovian, Chantilly by Jovian Mandagie for Zalora, J Abaya dan koleksi kasual Jfemme juga boleh didapati di sini. Disebabkan cawangan di KLIA berada di tempat yang jauh, koleksi-koleksi popular ini dikeluarkan semula khas untuk Jstore KLIA sahaja.
Sasaran pelanggan di JStore KLIA adalah pelancong-pelancong domestik dan antarabangsa dan ia akan menjadi pilihan untuk pelancong yang hendak membeli-belah pada saat akhir sebelum penerbangan bermula.