Kembara, Pilihan

[ Kembara ] Keunikan Kundasang Seperti New Zealand

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
[ Kembara ] Keunikan Kundasang Seperti New Zealand

kundasang sabah

Pesan penulis jika anda ke Sabah, lebih-lebih lagi Kota Kinabalu, jangan lupa melawat Desa Dairy Farm yang terletak di Kundasang. Kenapa sini? Kundasang mendapat jolokan sebagai New Zealand Sabah, projek tenusu Desa Dairy Farm yang terletak di kaki gunung Kinabalu ini adalah antara tempat yang perlu anda lawati jika anda ingin melihat suasana perternakan lembu dan kambing di dalam cuaca Malaysia. 

Bukan itu sahaja, dengan suhu sejuk dan pemandangan gunung, ladang tenusu ini menjadi tempat pilihan ramai pengantin serta krew filem bergambar atau merakamkan penggambaran jika ia memerlukan suasana ala-ladang di Eropah.

Terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari bandar Kota Kinabalu, anda boleh melihat sendiri proses memerah dan memproses susu selain dari berpeluang membeli susu segar terus dari ladang ini. Anak-anak juga boleh memberi makan anak lembu dan kambing sewaktu kunjungan ke kandang haiwan.

Selain bergambar, anda boleh berehat sambil menikmati waffle dan ais krim serta menikmati pemandangan dengan cuaca sejuk. 

Waktu Operasi – 8 pg – 5 ptg

Waktu Memerah/Memproses Susu

Memerah : 3 ptg – 5 ptg setiap hari
Memproses : Setiap Selasa, Khamis, Ahad pada 10 pg – 2 ptg

Tiket Masuk

Dewasa — RM4
Kanak-kanak — RM3
Sesi Fotografi — RM10

www.pinterest.com
www.pinterest.com
www.mybeautifulborneo.com
www.mybeautifulborneo.com
http://kinabalutourguide.com
http://kinabalutourguide.com
kanggatheren-manogaran.blogspot.com
kanggatheren-manogaran.blogspot.com
kanggatheren-manogaran.blogspot.com
kanggatheren-manogaran.blogspot.com
jipp-world.blogspot.com
jipp-world.blogspot.com
www.zaraaluwi.com
www.zaraaluwi.com
www.panoramio.com
www.panoramio.com
tennysonlee.com
tennysonlee.com

SUMBER

Leave a Reply
Your email address will not be published. *