Fesyen, Keibubapaan, Pilihan

[ Keibubapaan ] Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Seluar Jeans Materniti?

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
[ Keibubapaan ] Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Seluar Jeans Materniti?

Jika anda penggemar seluar jeans, anda tidak perlu menukar selera hanya kerana anda sedang hamil sekarang. Sepasang seluar jeans materniti yang padan akan melengkapkan almari pakaian anda. Sebelum itu, penulis pasti ramai yang tidak mengetahui akan seluar jeans materniti.

seluar jeans maternity 1

Sebelum anda pergi membeli seluar jeans materniti anda yang pertama, ingatlah bahawa:

1. Setiap jenama dan stail memberi padanan yang berbeza, jadi cubalah dahulu sebelum anda beli. Jika anda membeli dalam talian, semak dahulu polisi pemulangannya.

2. Belilah saiz yang sama dengan yang biasa anda pakai, cuma pastikan ia adalah seluar materniti. Jangan terpengaruh untuk membeli jeans biasa yang bersaiz lebih besar.

3. Jangan korbankan stail kerana keselesaan. Pilihlah sesuatu yang anda akan gembira memakainya bagi sekurang-kurangnya 12 jam sehari.

4. Ada banyak stail yang boleh anda pilih. Stail ini bukan sahaja stail potongan kaki tetapi juga stail di bahagian perut.

5. Sesetengah stail mungkin lebih padan pada peringkat kehamilan yang berlainan. Mungkin anda perlu membeli dua pasang dalam stail berlainan supaya anda mempunyai sekurang-kurangnya sepasang yang selesa apabila perut anda semakin membesar.

6. Jangan beli yang terlalu mahal. Pilihlah harga yang berpatutan supaya anda tidak terlalu rasa bersalah jika anda cuma memakainya selama enam bulan.

seluar jeans maternity

Ciri-ciri bagaimanakah yang harus perhatikan apabila membeli seluar jeans materniti?

  • Jersey basque: panel hadapan daripada fabrik jersi yang lembut, memeri dan mengembang seiring dengan perut anda. Getah yang tersorok juga boleh membantu membuatnya lebih padan.
  • Pinggang bergetah penuh: pinggang bergetah biasa yang terletak di atas perut.
  • Di bawah perut: panel jersi dengan tali sokongan daripada getah lebar. Ini sesuai bagi fasa awal kehamilan.
  • Tali: tali yang boleh dilaraskan di bahagian hadapan, biasanya mempunyai getah di bahagian belakang.
  • Fly hadapan: bukaan berbutang atau zip dengan tali yang boleh dilaraskan tersorok di bahagian dalam kepala pinggang.
  • Panel sisi: panel sisi daripada fabrik jersi bergetah yang mengembang seiring dengan perut anda yang semakin membesar.
  • Fly hadapan dengan panel jersi tersorok: bukaan berbutang atau zip dengan panel jersi memeri tersorok di belakang poket hadapan.

Sumber

Leave a Reply
Your email address will not be published. *