Seperti biasa setiap tahun Victoria’s Secret akan mendedahkan bra yang bakal diperagakan oleh model mereka. Kali ini, dua Fantasy Bra dengan nilainya mencecah RM6 Juta (2 juta USD), bakal diperagakan oleh dua jelitawan mereka, Alessandra Ambrosio dan Adriana Lima.
Fantasy Bra yang direka khas oleh Pascal Mouawad akan diperagakan buat pertama kali pada pertunjukan fesyen Victoria’s Secret Disember ini. Fantasy Bra memiliki hiasan berlian, rubi dan sapphires, menariknya lagi mempunyai elemen belly dancing di bahagian perut. Ini juga kali pertama dua set bra akan diperagakan, tahun lepas Candice Swanepoel dipilih memperagakan set pertama Fantasy Bra yang bernilai RM30 juta.