Selepas kejayaan filem Despicable Me pada tahun 2010 dan 2013, kini produser filem Illumination Entertainment bakal menayangkan filem prekuel/spin-off watak popular Minions. Filem itu bakal ditayangkan pada 10 Julai 2015. Pasti ramai yang tidak sabar untuk menonton filem watak comel ini kan?
Minions adalah makhluk aneh berwarna kuning yang telah wujud sejak zaman dahulu, berkembang dari organisma unisel kuning menjadi makhluk yang mempunyai hanya satu tujuan:. Untuk menjadi pengikut makhluk penjahat yang paling bercita-cita tinggi dalam sejarah. Setelah tidak sengaja menghancurkan semua tuan-tuan mereka sebelum ini termasuk dinasor T. Rex , Genghis Khan, Drakula, dan Napoleon,mereka memutuskan untuk mengasingkan diri dari dunia luar dan memulakan hidup baru di Antartika. Sekitar tahun 1960-an, akibat ketiadaan tuan, Minions menjadi murung, jadi Kevin membuat rancangan untuk mencari tuan mereka yang baru.
Kevin, Stuart dan Bob tiba di sebuah konvensyen penjahat, di mana mereka bersaing untuk menjadi kakitangan untuk Scarlet Overkill ( Sandra Bullock ) , penjahat yang bergaya dan bercita-cita tinggi yang berazam untuk menguasai dunia dan menjadi penjahat wanita yang pertama. Perjalanan melalui New York, mereka akhirnya tiba di London, di mana mereka harus menghadapi ancaman yang mahu menghapuskan semua Minions. Apakah kesudahan filem ini? Kami pun tak tahu. Apa pun, jom layan trailer filem Minions ini dahulu!