The Apartment Downtown meluncurkan sebuah wajah baru, menu yang menarik dan koktel juga champagne bar. Mempunyai konsep Eropah, diselitkan dengan cita rasa Asia ke menu kontemporari, restoran ini juga mempunyai gaya formal dan kasual.
The Apartment Downtown juga boleh dikatakan menjadi pilihan untuk menikmati makan malam disamping suasana restoran yang cukup menyenangkan malah dengan hiasan reka dalaman, setiap ruang tempat makan yang disediakan memberi keselesaan. Pengunjung yang datang juga boleh menganjurkan business lunch ataupun meraikan majlis-majlis khas dengan rakan dan keluarga.
Sudah tentulah jika ke sesebuah restoran, menu akan diberi perhatian. Jadi, The Apartment Downtown dibuka untuk makan tengah hari dan makan malam, menu yang disediakan juga pelbagai aneka dari Eropah sehingga ke Asia. Antara yang menjadi pilihan pengunjug di situ ialah chicken liver pate, silky scallops & tofu, Greek mac & cheese, Korean sticky fried chicken, oriental sesame beef salad, salt & pepper scallops linguine dan pumpkin soup with coconut sambal.
Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat tempahan, sila hubungi The Apartment Downtown, KLCC, di 03-2166 2257.
Kami berkesempatan merasai beberapa menu baru dari The Apartment Downtown dan boleh dikatakan semuanya agak memuaskan malah servis juga cepat, dengan dekorasi restoran yang cukup cantik. Cuba satu perkara yang perlu diperbaiki ialah toilet agak tidak memuaskan. Bila restoran cantik, makanan sedap, toilet perlu diperbaiki.
Aneka Menu Yang Disediakan
Korean Sticky Fried Chicken (RM25.90)
Chicken Liver Pate (RM22.90)
Greek Style Lamb Cutlets (RM70.90)
Moroccan Beef Burger (RM36.90)
Greek Mac&Cheese (RM30.90)
Duck Confit (RM38.90)
Salt&Pepper Scallops Linguine (RM45.90)
Pub Style Braised Beef Rib (RM49.90)
Prawn Po Boy Sandwich (RM37.90)
Pumpkin Soup With Coconut Sambal (RM15.90)
Eton Mess (RM15.90)
Beef Goulash Soup (RM18.90)