Sabtu lalu iaitu 1 November 2014, penulis berpeluang menghadiri sesi sidang media “Hotlink Race Start in Malaysia Season 2” sebelum acara kemuncak fan meeting jam 6.30 petang. Menariknya kali, Running Man dihadiri oleh 5 orang member iaitu Kim Joong Kook, Song Ji Hyo, Haha, Lee Kwang Soo dan juga Ji Suk Jin.
Disebabkan ini pertama kali Song Ji Hyo dan Ji Seok Jin ke Malaysia jadi mereka berasa teruja dan gembira dapat berada di sini. Malah, bagi Ji Hyo pula dia berharap mempunyai lebih banyak masa untuk melawat Malaysia. Bukan itu sahaja, Ji Hyo juga merakamkan saat sedih kerana ketiadaan Yoo Jae Suk dan Gary dan berharap bahawa mereka akan kembali dengan semua 7 orang member bersama-sama.
Bila ditanya apakah makanan kegemaran setiap ahli member, Ji Suk Jin berkata dia menyukai nasi goreng dan juga satay, malah Seok Jin turut menggunakan khidmat hantar makanan di bilik. Lee Kwang Soo pula menggemari roti canai dan dia akan memesan roti canai bila datang ke Malaysia.
Menurut Ji Hyo yang satu-satunya anggota wanita dalam Running Man, dia berasa bertuah dapat bersama dengan abang-abangnya malah Kwang Soo yang sentiasa menjaganya, tanpa mereka mungkin dia tidak akan berada di sini.
Selepas sahaja sesi sidang media bersama media tempatan, ahli Running Man terus bergegas ke autograph session di Paradigm Mall dan akhir kemuncak fan meeting di Stadium Negara.
Malah, fan meeting berjaya dihadiri lebih 2,500 peminat. Hotlink Race Start Season 2 in Malaysia Running Man Fan Meeting mempunyai semua unsur-unsur konsert muzik interaktif – lengkap dengan permainan pentas, persembahan lagu dan montaj video adegan kenangan dari siri ini. Salah satu yang menarik pada malam itu ialah apabila ‘Easy Brothers’ Lee Kwang Soo dan Ji Suk Jin, mengejutkan para peminat dengan parodi ‘Trouble Maker’ mencetuskan tawa dan sorakan.
Ingin terus melihat aksi mereka, saksikan Running Man di Astro One HD (393) pada setiap jumaat jam 11.45 malam.